"Dasar Mak Tiri Cinderella!" - Kanak-Kanak Berjaya Larikan Diri Dari Diseksa Ayah Dan Mak Tiri

13 Sep 2023 • 5:53 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

Kebelakangan ini, makin menjadi-jadi kes penderaan terhadap kanak-kanak. Terbaharu, perkongsian di Facebook yang mendedahkan di mana seorang ibu tiri dan ayah kandung mendera seorang kanak-kanak lelaki dengan teruk

Difahamkan, kanak-kanak tersebut berjaya melarikan diri dari mereka dan sedang mendapatkan rawatan di hospital di sebuah hospital. Muka si pelaku turut didedahkan. Si ibu tiri dan ayah kandungnya dipercayai telah pun ditahan pihak polis.

Disebabkan pendedahan itu, ibu kandung mangsa yang dipercayai terputus hubungan sebelum ini cuba mengambil semula anak lelakinya.

Kita nantikan penjelasan atau kenyataan lebih lanjut dari penguatkuasa berkenaan dengan kes ini.