Dashcam Wajib Ada Dalam Kereta Ke?

Cars
1 Jun 2026 • 4:53 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Dashcam Wajib Ada Dalam Kereta Ke?

Dashcam Wajib Ada Dalam Kereta

Dalam kereta kita sekarang, ada ciri-ciri keselamatan yang memang wajib ada seperti beg udara, anti-lock braking system (ABS) dan Pengagihan Brek Elektronik (EBD).

Tapi pada zaman kini, ada satu peranti yang pada pendapat SK sudah wajib ada dalam kereta iaitu kamera papan pemuka (dashcam).

Ini Sebab Dashcam Wajib Ada

Banyak juga jenama yang sudah mula menyertakan dashcam dalam kereta mereka untuk keselamatan pengguna.

Ini antara sebab dashcam wajib ada dalam kereta:

Menjadi 'Kotak Hitam' Kereta

Seperti pesawat udara, ia telah dilengkapi dengan kotak hitam untuk menyimpan apa sahaja data jika berlaku kemalangan.

Begitu juga kereta, dashcam boleh menjadi 'saksi' jika berlaku kemalangan dan boleh menjadi bukti di mahkamah bagi menentukan siapa yang bersalah.

Baca juga:

Bayangkan sebelum dashcam wujud, saksi dan bukti terpaksa mengharapkan orang awam dan penceritaan lisan dari mangsa.

Menjadi Bukti Untuk Orang Lain

Dashcam bukan sahaja bermanfaat untuk anda sebagai pemilik, malah berguna untuk pengguna jalan raya yang lain seperti penunggang motosikal.

Kebanyakkan motosikal tidak dilengkapi kamera dan jika berlaku kemalangan perlu mengharapkan rakaman dashcam kereta lain sebagai bukti.

Secara tidak langsung, ia menjadi bukti untuk mangsa menuntut keadilan menggunakan rakaman dashcam anda sebagai 'saksi'.

Boleh Jaga Kereta Ketika Parkir

Kebanyakkan dashcam dilengkapi dengan fungsi rakaman 24 jam dan boleh menjadi cctv untuk kereta anda ketika parkir.

Sebab banyak juga kes yang viral, kereta dilanggar ketika sedang parkir di tempat awam dan kawasan perumahan.

Image from: Dashcam Wajib Ada Dalam Kereta Ke?

Tambahan pula, kebanyakkan kes, pelaku yang melanggar akan melarikan diri dan tak mahu beranggungjawab.

Dengan fungsi rakaman 24 jam, anda boleh mendapatkan bukti siapa yang melanggar kereta anda dan laporkan kepada pihak polis untuk tuntutan insurans.

Mahal ke Dashcam?

Purata harga dashcam dengan rakaman yang berkualiti sekitar RM200 dan ke atas sekali dengam kad memori.

Banyak jenama yang boleh merakam dengan kualiti HD, 2K dan 4K seperti 70mai, Safecam dan DDPAI.

Kebanyakkan dashcam tak sampai RM1,000 pun dan SK rasa masih lagi dalam lingkungan harga yang berpatutan.

Semoga bermanfaat.

View Original Article