Data Buruh ‘Hambar’ : Jangkaan Terbaru Pasaran Terhadap Fed Undang Perhatian!

WorldBusiness & Finance
2 Jul 2026 • 9:35 PM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

Data Buruh ‘Hambar’ : Jangkaan Terbaru Pasaran Terhadap Fed Undang Perhatian!

Para pedagang pasaran hadapan pada hari Khamis menjangkakan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) mempunyai alasan yang semakin rapuh untuk menaikkan kadar faedah dalam mesyuarat dasar akhir bulan ini. Peralihan sentimen ini dicetuskan sejurus selepas laporan rasmi kerajaan menunjukkan tawaran peluang pekerjaan di Amerika Syarikat (AS) merosot dengan sangat drastik bagi tempoh dua bulan berturut-turut.

Data rasmi daripada Biro Statistik Buruh (BLS) mengesahkan draf penggajian bukan pertanian (nonfarm payrolls) bagi bulan Jun sekadar mencatatkan pertambahan sebanyak 57,000 jawatan. Angka hambar ini adalah separuh daripada unjuran asal pasaran, sekali gus memadamkan naratif awal yang kononnya mendakwa pasaran buruh AS sedang berada dalam fasa pengukuhan semula.

Ketua Pakar Strategi Global di Principal Asset Management, Seema Shah, menilai kelemahan data buruh ini sebagai bukti kukuh bahawa jawatankuasa monetari Fed kini berada dalam kedudukan yang sangat selesa dan bebas daripada sebarang tekanan mendesak untuk mengetatkan lagi dasar kewangan mereka dalam masa terdekat.

Implikasinya, bursa pertukaran niaga hadapan kadar faedah jangka pendek memperlihatkan kebarangkalian bagi kenaikan kadar faedah pada bulan Julai kini jatuh ke paras di bawah 20%. Pasaran modal sebaliknya meramalkan Fed berkemungkinan besar akan memilih pendekatan tunggu dan lihat bagi mengekalkan status quo kos pinjaman semasa.

Walau bagaimanapun, pelabur institusi dikesan belum bersedia untuk beralih ke fasa pelonggaran penuh, di mana kontrak niaga hadapan dana Fed masih meletakkan jangkaan sebanyak 60% bagi kebarangkalian berlakunya kenaikan kadar suku mata pada bulan September hadapan. Waima begitu kebarangkalian itu telah menyusut berbanding unjuran asal 75% sebelum terbitnya laporan buruh ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved