Data MyKad 17 Juta Rakyat Malaysia Didakwa Bocor & Kini Sedang Dijual Di ‘Dark Web’

LocalTechnology
4 Dec 2024 • 11:38 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Menerusi satu hantaran yang tular di laman sosial X, data kad pengenalan atau MyKad seramai 17 juta rakyat Malaysia didakwa bocor dan dijual di laman web gelap.

Pengguna laman X, Fusion Intelligence Center @ StealthMole yang membuat hantaran itu mendakwa bahawa sampel MyKad telah dikongsikan secara terbuka di laman web gelap tersebut.

Didakwa bahawa data 17 juta MyKad warga Malaysia telah dibocorkan dan sedang dijual di web gelap. Sebagai bukti, mereka telah berkongsi secara terbuka sampel kad pengenalan Malaysia di web gelap.

image is not available

Hantaran berkenaan telah menimbulkan kegusaran dan orang ramai membuat pelbagai andaian tentang bagaimana data MyKad milik rakyat boleh bocor.

Ada yang mendakwa ia mungkin disebabkan oleh sesetengah aplikasi yang meminta maklumat diri pengguna untuk pengesahan identiti.

Pelanggaran data besar-besaran ini menimbulkan kebimbangan kerana ia boleh membawa kepada jenayah serius seperti kecurian identiti dan penipuan kewangan.

Dalam pada itu, netizen turut berharap agar pihak berwajib menyiasat perkara ini dan ambil tindakan sepatutnya jika dakwaan tersebut benar.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan.

image is not available 4 months ago

Tular Dakwaan Data Pengguna Maybank2u Digodam & Dijual Di ‘Dark Web’ Pada Harga RM84,000