Datang majlis kahwin, pengantin bagi ‘doorgift’ sayur-sayuran pada tetamu

16 Sep 2023 • 10:21 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Tular di platform TikTok memaparkan sebuah majlis perkahwinan pasangan bernama Andini dan Tirta di Indonesia yang menjadikan sayur-sayuran sebagai cenderahati untuk dibawa pulang oleh para tetamu.

Menerusi video tular dimuat naik pengguna @kamaniya.organizer semalam, para tetamu mempunyai pilihan untuk membuat mengambil sayuran segar yang disediakan seperti sawi, terung, lobak merah dan kacang panjang untuk dibawa pulang ke rumah.

Apa yang lebih menyeronokkan, tuan majlis membenarkan mereka untuk membawa pulang seberapa banyak sayur, selain pihak pengurusan turut menyediakan beg plastik kepada tetamu undangan.

Suasana yang ditunjukkan dalam video tersebut tidak memaparkan seolah-olah mereka menghadiri majlis pernikahan pasangan pengantin, sebaliknya seperti sedang membeli sayur-sayuran di pasar.

Bahkan, pengguna tersebut dilihat sempat berseloroh di ruangan kapsyen dengan mengatakan para tetamu dapat berjimat selama tiga hari tanpa pergi ke pasar basah.

“Definisi hemat tiga hari gak ke pasar ye buu (emoji jelir lidah),”tulisnya.

image is not available

image is not available

Seronoknya!

Masing-masing meluahkan keterujaan dan seronok apabila melihat para tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan tersebut diberi ‘buah tangan’ untuk dibawa pulang ke rumah.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Sumber: TikTok @kamaniya.organizer https://www.tiktok.com/@kamaniya.organizer/video/7278646317721652486