“Datang Nak Halau Sampai Bawa 6,8 Orang” – To’ki Nafi Keluar Parang Untuk Serang Tuan Rumah, Cuma Nak Lindung Diri

16 Oct 2023 • 10:44 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, tular pendedahan seorang wanita yang merupakan tuan rumah yang disewakan oleh penyanyi lelaki popular era 90-an.

Kata Liza Mohamad, penyanyi itu tidak membayar tunggakan sewa serta bil elektrik di mana semuanya mencecah ribuan ringgit malah turut tidak mengendahkan notis keluar dari kediaman tersebut.

image is not available 3 days ago

"Saya Masih Tinggal Di Rumah Itu" - Tak Bayar Sewa Rumah & Bil Api, To'Ki Dibantu Baitulmal Cari Rumah Sewa Baharu

Penyanyi dimaksudkan adalah To’ki atau Mohd Zaki Mansur, 58, namun dia kini dibantu Baitulmal untuk mencari rumah sewa yang baru.

Bagaimanapun, To’ki menafikan dakwaan tuan rumah sebelum ini yang mengatakan dia telah mengeluarkan sebilah parang untuk menyerang ketika wanita itu datang.

image is not available

Katanya, dia bertindak sedemikian sebagai pe;indung diri kerana tuan rumah datang beramai-ramai dan pada waktu malam untuk menghalau membuatkannya rasa terancam.

Bayangkan apabila tuan rumah datang pukul 12 tengah malam bawa orang ramai depan rumah panggil saya pengemis. Datang nak halau saya sampai bawa enam ke lapan orang… Untuk lindungi diri, saya ambil parang.

image is not available

 

Culas bayar sebab tak ada kerja

Tambah To’ki dia culas membayar sewa selama dua bulan kerana tiada kerja memandangkan dia perlu menjaga ibu mentuanya yang saki strok sejak dua tahun lalu.

Penyanyi itu turut menafikan dakwaan tidak membayar bil elektrik sehingga mencecah RM6,000 serta suka membuang sampah merata-rata.

Meskipun begitu, To’ki yang mempunyai dua anak akui tidak meminta duit daripada orang lain sebaliknya berusaha mencari kerja.

Saya ada anak, seorang tingkatan lima dan seorang sudah masuk universiti. Semua ini banyak pakai duit, saya perlu jaga ibu mentua lagi. Tapi, walau susah saya tidak berhutang, tak meminta atau mengemis.

Ujar To’ki dia sedar kejadian dimalukan ini ada hikmahnya di mana kini MAIWP sedang membantunya mencari rumah dan dia sangat berterima kasih untuk hal itu.

image is not available