“Datang Support Ex Ke Tu?” – Hadir Beri Sokongan Untuk Shila Amzah, Peminat ‘Usik’ Sharnaaz Ahmad

Music
26 Sep 2022 • 11:40 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Malam tadi, konsert minggu kedua program Gegar Vaganza Musim ke-9 2022 (GV9) telah berlangsung dengan tema ‘Malar Segar Mekar Membara’ menyaksikan persembahan hebat daripada barisan peserta.

Tidak ketinggalan, persembahan dari penyanyi Shila Amzah yang membawa lagu Getaran Cinta Di Jiwa nyanyian asal Liza Hanim.

Namun, apa yang menarik perhatian orang ramai ketika Shila sedang membuat persembahan, tiba-tiba kamera sempat merakamkan wajah pelakon, Sharnaaz Ahmad yang sedang khusyuk menyaksikan di kerusi penonton.

Susulan persembahan itu, pengacara Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom turut sempat mengusik Sharnaaz yang hadir untuk memberi sokongan kepada bekas teman wanitanya itu.

Sharnaaz datang ni takkan nak tengok Kak Lina kan? Shila okay? Kadang malu-malu boleh jadi balik.

Dalam perkongsian lain, rata-rata penonton turut berseloroh mengenai kehadiran Sharnaaz pada malam tadi telah membuatkan Shila seakan-akan gementar sehingga banyak menundukkan kepala ketika membuat persembahan.

Mamu mai support ex ke tu??

Meninjau di ruangan komen, perkongsian video itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya mendoakan yang terbaik buat hubungan mereka berdua.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 6 jam lalu

"Macam Tak Tua Langsung.." - Kekal Awet Muda Pada Usia 40an, Ramai Puji Kecantikan Sarimah Ibrahim