Datasonic terima kontrak RM21.5 juta daripada JPJ bekal, cetak lesen memandu kategori khas
29/10/2024 - 17:32
KUALA LUMPUR 29 Okt - Datasonic Group Bhd menerusi Datasonic Technologies Sdn Bhd menerima kontrak RM21.5 juta daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi menyediakan perkhidmatan membekal dan mencetak lesen memandu kategori khas.


