Datasonic, Virtualtech Frontier jalin kerjasama strategik memperkasa teknologi Metaverse dalam pendidikan

29 Sep 2023 • 3:32 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Datasonic, Virtualtech Frontier jalin kerjasama strategik memperkasa teknologi Metaverse dalam pendidikan

zulfadli

29/09/2023 - 15:32

KUALA LUMPUR 29 Sept - Datasonic Group Berhad, satu daripada penyedia penyelesaian ICT bersepadu berkaitan keselamatan paling terkemuka di Malaysia, memeterai perjanjian kerjasama strategik dengan Virtualtech Frontier Sdn Bhd bagi memanfaatkan kepakaran, sumber dan keupayaan masing-masing memacu kecemerlangan inovasi melalui metaverse dalam sektor teknologi pendidikan.

Perjanjian itu akan memberi tumpuan kepada lima bidang utama, antaranya membangunkan strategi bagi memperkenal dan meningkatkan rumusan teknologi metaverse kepada Kementerian Pendidikan bagi menyokong penggunaan teknologi termaju dalam suasana pendidikan.

Kerjasama itu akan melibatkan penjajaran teknologi metaverse dengan kurikulum semasa, termasuk peningkatan kandungan pendidikan, bagi menyampaikan pengalaman pembelajaran yang lebih menarik dan memberi impak.

Selain itu, ia juga bagi emastikan integrasi teknikal yang lancar bagi teknologi metaverse ke dalam persekitaran pendidikan sambil mengutamakan standard keselamatan dan pematuhan tertinggi, menjaga privasi dan data pelajar dan pendidik.

Kerjasama itu akan memberi tumpuan merangka dan melaksanakan strategi mantap bagi meningkatkan inisiatif bersama mereka, mengoptimumkan operasi dan mencapai pertumbuhan mampan.

Datasonic dan Virtualtech Frontier akan bekerjasama menyokong manfaat teknologi pendidikan dan membuat pembentangan kepada pihak berkepentingan, penggubal dasar dan institusi pendidikan bagi menggalakkan penggunaan rumusan inovatif.

image is not available
Datuk Syahril Abdullah (dua, kanan) bersama Jason Low (dua, kiri) ketika memeterai perjanjian kerjasama strategik antara Datasonic dengan Virtualtech Frontier di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 29 September 2023. Turut kelihatan, Sofia Akmal Abu Bakar (kanan).

Terdahulu, perjanjian tersebut ditandatangani oleh Ketua Projek-Projek Khas Datasonic, Datuk Syahril Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Virtual Frontier, Jason Low bagi meneroka pelbagai aspek integrasi metaverse dalam pendidikan, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Bahagian K12 Bakat Digital Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Sofia Akmal Abu Bakar.

Sementara itu, Syahril berkata, pihaknya teruja bekerjasama dengan Virtualtech Frontier dalam perjalanan penting untuk mengubah pendidikan melalui teknologi.

"Kerjasama ini mewakili langkah penting ke arah mencapai matlamat ini dengan menyampaikan kualiti tinggi, selamat dan rumusan pendidikan berskala. Ia akan membolehkan kami menyediakan pelajar dan pendidik dengan rumusan termaju yang meningkatkan hasil pembelajaran," katanya.

image is not available

Jason pula berkata, pihaknya berusaha ke arah merevolusikan rumusan pendidikan untuk pelajar yang akan membantu mereka bersedia masa depan dengan kemajuan teknologi yang sedang dilalui negara ini.

"Kami menyaksikan banyak sekolah yang ketinggalan dan sukatan pelajaran atau strukturnya tidak dimodenkan yang sepatutnya memberikan rumusan yang berkesan kepada pelajar.

"Dengan itu, kami berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada perkongsian ini dan kami berharap lebih banyak sekolah mengambil inisiatif ini untuk menyediakan peluang yang sama kepada semua," katanya. - DagangNews.com