Datin Alyah rancang anjur showcase pertengahan tahun ini

Music
3 Jan 2024 • 3:17 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Penyanyi popular, Datin Alyah merancang untuk mengadakan 'showcase' pada pertengahan tahun 2024.

Menurut Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, hasratnya untuk mengadakan 'showcase' mula terlintas di fikiran selepas melihat ramai penyanyi mula berbuat demikian termasuk menganjurkan konsert berskala besar.

"Pada tahun ini iaitu 2024 saya merancang untuk mengadakan 'showcase' memandangkan saya lihat ramai artis sudah mula mengadakannya, termasuk konsert.

"Ramai peminat yang teringin untuk menonton persembahan saya dan saya fikir sudah sampai masanya untuk saya tampil dengan 'showcase' sendiri bagi menghargai mereka.

image is not available
Datin Alyah ketika majlis pelancaran tudung Shescarves berkata, dia merancang untuk mengadakan 'showcase' memandangkan ramai artis sudah mula mengadakannya, termasuk konsert - Gambar PR, 3 Januari, 2024

"Mungkin perancangannya pada pertengahan tahun, akan lihat semula bagaimana. Insya-Allah, semoga dipermudahkan," katanya selepas membuat persembahan di majlis pelancaran tudung Shescarves di bawah jenama terkenal, She Dazzle.

Dalam majlis sama, penyanyi yang juga isteri kepada maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS ini turut memperagakan salah satu tudung dari pilihan Hope Shesquare bercorak Speckled Wood.

She Dazzle telah melancarkan koleksi tudung terbaharu dengan membawa tema kebebasan, harapan dan kasih sayang.

Koleksi Shescarves yang membawa motif monogram rama-rama adalah tudung potongan kemasan laser empat segi (square) dengan material cotton voile yang selesa dan mudah digosok.

Tudung ini merupakan keluaran edisi terhad yang hanya dikeluarkan sebanyak 1,000 helai sahaja dan dijual dengan harga RM49 sehelai. - 3 Januari, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved