Datin Patima Kata Anaknya Kena Sihir, Ini Respon Syamsul Yusof

23 Mar 2023 • 3:13 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
syamsul yusof

Ada banyak kenyataan yang dikeluarkan di kedua-dua belah pihak ketika ini. Keadaan ini menjadi agak panas selepas pengarah kontroversi Syamsul Yusof akhirnya tampil menjawab segala tuduhan ke atas dirinya dalam satu sidang media.

image is not available

Ketika sesi itu, Syamsul turut menjawab soal ibunya, Datin Patimah Ismail yang tidak merestui perkahwinan keduanya dengan Ira Kazar.

Syamsul mengakui dia faham ibunya sangat sedih dengan apa yang terjadi, namun tidab berkecil hati dengan keputusan ibunya yang menyebelahi isteri pertamanya, Puteri Sarah.

Disebabkan itu, Syamsul memohon maaf kepada ibunya kerana telah melukakan hatinya namun menafikan segala apa yang diperkatakan ibunya tentang disihir.

Ibu cakap saya kena sihir dan macam-macam lagi. Tapi saya buat solat istikharah. Orang cakap Ira adalah orang yang buat (sihir). No! Saya yang buat pilihan (berkahwin dua). Saya lelaki dan saya buat istikharah. Bukan Ira yang mengganggu, tidak begitu. Saya yang buat keputusan.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.