Datin Patimah Berdoa Agar Anaknya Kuat Hadapi Ujian Hidup

2 Nov 2023 • 4:55 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Sebelum ini ibu kepada Syamsul Yusof, Datin Patimah akui yang dirinya menganggap pelakon Puteri Sarah sebagai satu-satunya menantu menerusi perkahwinan Syamsul sebelum ini.

Bukan tu jer, Datin Patimah juga ada mengeluarkan kenyataan bahawa menantunya kini, Ira Kazar sebagai seorang isteri yang ‘tidak berdaftar’.

Terbaru! Isteri kepada pengarah Datuk Yusof Haslam itu ada mendoakan agar anak-anaknya tidak menjadi mangsa fitnah.

Lindungi anak-anak kami daripada fitnah dunia. Semoga dikuatkan iman untuk menghadapi ujian hidup ini, amin.

Dalam hantaran lain, Datin Patimah turut memuat naik foto memaparkan dia dan dua cucunya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.