Datin Patimah Dan Dr Fadzilah Kamsah Sedih Lihat Puteri Sarah Dan Anak Bawa Diri Ke Padang Pasir

Entertainment
10 Feb 2023 • 8:08 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Isteri dan anak-anak kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof kini berada di Dubai selepas mengerjakan ibadah umrah di Mekah.

Dalam perkongsian terkini, Puteri Sarah, dapat dilihat dia bersama anak-anak Syaikhul Islam dan Sumayyah meluangkan masa bercuti dan melawati Dubai Desert Safari.

“Tenangkan dirimu dalam segala situasi…” – Puteri Sarah.

Komen ibu mentua tarik perhatian…

Seperti biasa, tiap kali Puteri Sarah berkongsi, pasti akan ada komen-komen dari ibu mentuanya, Datin Patimah Ismail yang sering tarik perhatian netizen.

Kali ini, Datin Patimah berasa sebak melihat menantu dan cucu-cucunya membawa diri hingga ke padang pasir.

image is not available

“Selamat bermusafir dan mencari diri ya nak” – Fadzilah Kamsah.

Malah, komen dari pakar motivasi, Dato’ Dr Haji Fadzilah Kamsah turut memberikan kata-kata semangat buat Puteri Sarah.

Ramai orang hari ni minta cari kekuatan. Tetapi bila dapat kekuatan, ujian juga bertambah kuat. Bila dapat kekuatan, belum tentu tenang hatinya. Namun bila dapat tenang, maka kuat hatinya.

image is not available

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.