Dato Seri Vida Akan Cabar Tuntutan Perintah Sita Kediaman & 4 Kenderaan – Peguam

LocalEntertainment
26 Nov 2024 • 5:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Peguam Dato Seri Vida iaitu Datuk Adnan Seman mengesahkan usahawan itu bakal mencabar tuntutan perinatah sita kediaman dan empat kenderaan mewah miliknya yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menurut Adnan, dia telah menerima arahan daripada usahawan berusia 53 tahun itu untuk mencabar tuntutan yang dibuat.

Saya baru menerima kertas kausa dan dokumen-dokumen berkaitan projek terbabit. Arahan daripada anak guam (Datuk Vida) adalah untuk mencabar tuntutan yang dibuat.

image is not available

Tambah Adnan lagi, pihaknya hanya mempunyai 13 hari untuk mencabar tuntutan berkenaan memandangkan proses lelongan aset yang disita telah ditetapkan pada 9 Disember depan.

Dalam pada itu, Adnan memaklumkan bahawa empat kenderaan milik Vida itu masih kekal berada di rumahnya di Ipoh, Perak.

image is not available

Terdahulu, usahawan kosmetik tersebut mengucapkan terima kasih atas sokongan orang ramai namun Vida meminta agar dirinya diberikan ruang untuk menyelesaikan isu berkenaan dengan tenang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved