Datuk Afdlin Shauki Dilantik Sebagai Pengerusi Yayasan Wilayah Persekutuan Media, Syarikat Penerbitan Wilayahku 

2 May 2023 • 5:27 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Afdlin Shauki bergambar bersama akhbar Wilayahku. - Gambar dari Instagram Afdlin Shauki 

“Alhamdulillah, syukur atas lantikan sebagai Pengerusi Yayasan Wilayah Persekutuan Media (YWPM) di Putrajaya. 

“Besar tanggungjawab yang dipikul ini dan In Shaa Allah bersama, kita akan membuat penambahbaikan dan peningkatan kepada YWPM ini”. 

Demikian status yang dimuat naik produser, pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki Aksan terhadap lantikan terbaharunya itu menerusi Instagram miliknya sebentar tadi. 

image is not available
Afdlin Shauki

YWPM atau YWP Media Sdn Bhd adalah syarikat penerbitan kepada portal akhbar Wilayahku yang mula ditubuhkan pada 2019. 

Afdlin turut mengumumkan perancangannya untuk mewujudkan portal yang penuh dengan berita-berita menarik dan positif. 

“Cukuplah berita-berita negatif dan menyakitkan. Kita bagi maklumat, inspirasi dan harapan kepada warga Wilayah Persekutuan!” katanya lagi. -  Getaran, 2 Mei 2023