Datuk Dakwa Cucu Tahun 2 Ditampar Cikgu Hanya Kerana Salah Masuk Kelas

LocalPolitics
6 Sep 2024 • 11:43 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Guru memainkan peranan penting dalam mengajar dan mendidik individu untuk menjadi insan yang berjaya di masa hadapan. Namun, cara mendidik adalah berbeza mengikut individu.

Ada yang menggunakan pendekatan lembut ada juga cikgu yang mengambil cara tegas. Semua ini demi kebaikan pelajar itu sendiri.

Namun, ada juga guru yang bertindak di luar batasan apabila pelajarnya melakukan kesilapan.

Murid Tahun Dua Dipukul Kerana Salah Masuk Kelas

Terbaharu, seorang murid tahun dua didakwa ditampar oleh gurunya gara-gara salah masuk kelas.

Insiden itu didedahkan oleh datuk pelajar berkenaan menerusi satu grup di Facebook.

“Murid darjah dua ditampar melekat tapak tangan cikgu disebabkan salah masuk kelas. Cucu saya tu,” tulisnya.

Mahu Pergi Ke Sekolah Mohon Penjelasan

Jelas datuk pelajar berkenaan, dia akan pergi ke sekolah di sekitar Jeram, Selangor pada hari ini (6 September) bagi meminta penjelasan daripada guru terbabit.

Malah, dia turut meminta orang ramai khususnya ibu bapa yang anaknya pernah mengalami pengalaman sama untuk turut serta tampil ke depan.

“Esok (6 September) saya akan ke sekolah minta penjelasan dari guru tersebut.

“Ibu bapa yang anak mereka pernah dikasari oleh cikgu tersebut minta tampil bersama,” tulisnya.

Menerusi hantaran tersebut, lelaki itu turut memuat naik gambar cucu lelakinya. Melalui visual yang dipamerkan, dapat dilihat terdapat kesan merah di pipi kanan pelajar berkenaan.

image is not available

Dah Buat Laporan Polis & Pemeriksaan Doktor

Berkongsi dengan BuzzKini, datuk pelajar tersebut memaklumkan anaknya telah membuat laporan polis berhubung insiden itu.

Malah, kanak-kanak itu juga telah dibawa menjalani pemeriksaan di klinik swasta dan hospital kerajaan.

Pengguna Media Sosial Terkejut, Mahu Tindakan Undang-Undang Diambil

Mengintai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terkejut dengan pendedahan lelaki berkenaan.

Kebanyakan daripada mereka meluahkan rasa simpati terhadap kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun itu.

Tidak kurang juga ada yang meminta agar dia mengambil tindakan undang-undang seperti membuat laporan polis atau mengemukakan aduan menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).

Ada Yang Berpendapat Kesan Merah Adalah Alergi

Walau bagaimanapun, ada segelintir pengguna media sosial yang mendakwa kemungkinan kanak-kanak itu mengalami alergi. Ini berdasarkan kepada keadaan pipi murid darjah dua berkenaan.

Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan pihak berkuasa mahupun sekolah berkenaan.

Berikut antara komen pengguna Facebook:

“Ya Allah Sampai Berbekas Macam Tu, Semoga Cepat Sembuh Adik”

image is not available

“Macam Kesan Gegata Je Tu, Ada Alergik Apa-Apa Kot”

image is not available

“Punya Baran Cikgunya Pun, Elok Report Je Ni”

image is not available

“Budak Kot, Kalau Ye Pun Setakat Salah Masuk Kelas, Takkan Sampai Ditampar Macam Tu Sekali, Apa Ke Gila Cikgu Ni”

image is not available

Source: