Datuk durjana! Pengakuan warga emas r*g*l cucu 13 tahun tular cetus amarah netizen, ini kronologi. 'Berlaku sepanjang 2025...'

11 Jun 2026 • 10:27 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Datuk durjana! Pengakuan warga emas r*g*l cucu 13 tahun tular cetus amarah netizen, ini kronologi. 'Berlaku sepanjang 2025...'

PERBUATAN tidak berperikemanusiaan seorang datuk yang tergamak merogol cucu kandungnya sendiri akhirnya terbongkar selepas satu video pertengkaran keluarga tular di media sosial. 

Siasatan pihak polis kini sedang giat dijalankan bagi merungkai kejadian hitam yang menimpa remaja perempuan berusia 13 tahun itu. 

Bagi memahami bagaimana kes menyayat hati ini bermula sehinggalah tertangkapnya suspek, berikut adalah kronologi penuh kejadian:

Sepanjang 2025

-Permulaan tragedi terjadi apabila mangsa yang berusia 13 tahun tinggal bersama datuknya (suspek) di sebuah rumah di daerah Batu Pahat, Johor selepas ibu bapa remaja berkenaan bercerai.

-Siri gangguan seksual sepanjang tempoh tinggal bersama lelaki berkenaan dan mangsa didakwa telah diperkosa berulang kali oleh suspek.

-Disember lalu adalah kali terakhir perbuatan terkutuk itu didakwa berlaku pada  sebelum mangsa bertukar tempat tinggal.

Image from: Datuk durjana! Pengakuan warga emas r*g*l cucu 13 tahun tular cetus amarah netizen, ini kronologi. 'Berlaku sepanjang 2025...'

April 2026

-Mangsa telah berpindah selepas dibawa pulang oleh ibu kandungnya untuk tinggal bersama di sebuah negeri di utara Semenanjung.

8 Jun 2026 (Isnin)

-Ibu mangsa mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena selepas mendapati anaknya menghantar mesej kepada seorang kenalan.

-Walau pada mulanya mangsa enggan menceritakan perkara sebenar, dia akhirnya mengaku telah menjadi mangsa noda datuknya sendiri.

-Laporan polis dibuat sejurus mendengar pengakuan mengejutkan itu, si ibu terus bertindak membuat laporan polis.

Image from: Datuk durjana! Pengakuan warga emas r*g*l cucu 13 tahun tular cetus amarah netizen, ini kronologi. 'Berlaku sepanjang 2025...'
Gambar hiasan

10 Jun 2026 (Rabu)

-Video pengakuan suspek tular di media sosial: Rakaman video memaparkan seorang wanita (dipercaya ibu mangsa) mengamuk dan memarahi suspek berhubung dakwaan merogol anak perempuannya. Video tersebut mencetuskan kemarahan netizen.

-Susulan laporan polis dan video yang tular, suspek yang merupakan seorang pesara berusia 67 tahun telah ditahan dan direman.

Majistret Arun Noval Dass di Mahkamah Majistret Batu Pahat membenarkan suspek direman selama enam bagi membantu siasatan lanjut.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan kerana merogol, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 8 tahun dan tidak lebih 30 tahun, serta boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang daripada 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Sumber: Sinar Harian