
Datuk Lokman Noor Adam Bebas Tuduhan Sebar Berita Palsu Mengenai COVID-19
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam pada hari ini dilaporkan telah dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebentar tadi.
Perkara itu telah dikongsikan oleh BERNAMA menerusi hantaran muat naik di laman X rasminya sebentar tadi.
Datuk Lokman telah dibebaskan atas pertuduhan menyebarkan berita palsu melalui rakaman audio visual mengenai virus COVID-19 pada dua tahun yang lalu.
“Mahkamah Sesyen KL hari ini melepas dan membebaskan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam daripada pertuduhan menyebarkan berita palsu melalui rakaman audio visual mengenai virus COVID-19, dua tahun lepas,” tulis perkongsian tersebut.
Keputusan pembebasan itu dibuat oleh Hakim N.Priscilla Hemalini di akhir kes pendakwaan tersebut.
Pembebasan itu dibuat selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Lokman Noor.
Berita lanjut menyusul!
BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis
Mahkamah Sesyen KL hari ini melepas dan membebaskan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam daripada pertuduhan menyebarkan berita palsu melalui rakaman audio visual mengenai virus COVID-19, dua tahun lepas
Hakim N.Priscilla Hemamalini membuat keputusan itu setelah… pic.twitter.com/2ZjKfh6AXB
— BERNAMA (@bernamadotcom) November 7, 2023
Sumber: BERNAMA
The post Datuk Lokman Noor Adam Bebas Tuduhan Sebar Berita Palsu Mengenai COVID-19 appeared first on Siakap Keli.


