Datuk Mancha Ata, Anak Dayak Pertama Sandang Jawatan Pesuruhjaya Polis Sarawak

16 Oct 2023 • 6:02 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Datuk Mancha Ata, dijangka akan mengambil alih jawatan Pesuruhjaya Polis Sarawak baru secara rasmi pada 13 November tahun ini.

Datuk Mancha Ata, Anak Dayak Pertama Sandang Jawatan Pesuruhjaya Polis Sarawak. Menurut Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad menyatakan bahawa Mancha yang sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak bakal menggantikan Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri.

Dilaporkan juga bahawa pihak mereka sedang berbincang majlis serah terima tugas kerana akan ada wakil yang datang dari Bukit Aman.

Mohd Azman juga mengesahkan bahawa dengan pelantikan Mancha, beliau akan menjadi Dayak pertama dari keturunan Iban yang memegang jawatan tersebut. Menurut Mohd Azman, sudah tiba masanya untuk Mancha memimpin Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Sarawak.

image is not available
Datuk Mancha Ata, Anak Dayak Pertama Sandang Jawatan Pesuruhjaya Polis Sarawak

Beliau akan menjadi Dayak pertama dari keturunan Iban yang memegang jawatan tersebut

Sementara itu, ketika ditanya mengenai rancangannya sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak yang akan datang, Mancha mengesahkan bahawa dia akan meneruskan inisiatif dan rancangan yang telah ditetapkan oleh pendahulunya.

“Kami akan meneruskan usaha yang telah dilakukan oleh pesuruhjaya polis sebelumnya dan melaksanakan apa jua rancangan yang telah dibuat,” katanya.

Bukit Aman sebelumnya telah mengumumkan kenaikan pangkat Mancha dalam kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebooknya pada hari Jumaat lalu. Kenyataan itu juga mengatakan bahawa Mohd Azman akan menjadi Pengarah Baharu Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Bukit Aman.

Mancha Ata berasal dari Kota Samarahan

Mancha, yang berasal dari Kota Samarahan, telah dinaikkan pangkat menjadi timbalan pesuruhjaya polis pada 9 Jun 2021. Sebelum kenaikan pangkatnya, Mancha adalah pemerintah briged Pasukan Gerakan Am Sarawak.

Bukit Aman juga mengumumkan bahawa jawatan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak akan disandang oleh Datuk Ibrahim Darus, yang merupakan Pengarah Pembantu Utama Cawangan Khas (E1) Bukit Aman.

Secara keseluruhan, 23 pegawai kanan dalam pasukan polis akan dipindahkan mulai 13 November tahun ini.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: