Datuk Misbun Sidek menerusi pengurus peribadinya, Nor Kamal Ahmad, sudah pun menghantar surat balas kepada tawaran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk jurulatih legenda itu kembali berkhidmat sebagai pengarah pembangunan perseorangan remaja negara hingga tamat kontrak hujung tahun ini.


