‘Datuk’ Parti Politik Buru Individu Sebarkan Foto Berseluar Dalam – “Viral Spender Angry Bird”

15 Dec 2023 • 10:16 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Satu laporan polis dibuat bekas Presiden Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zamil Ibrahim gara-gara fotonya hanya berseluar dalam menjadi tular di internet.

Perkara tersebut turut disahkan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan di mana pihak mereka ada menerima laporan berkenaan isu tersebut dan memaklumkan satu kertas siasatan telah pun dibuka.

Zamil mendakwa foto mengaibkan itu telah pun disebarkan beberapa individu dan ia menjadi viral dan diperkatakan orang ramai.

Foto tersebut menurut Zamil telah diambil secara curi oleh individu tertentu sebagai cubaan untuk mengaibkan dirinya.

Dia kemudian menyerahkan perkara tersebut kepada polis bagi melakukan siasatan lanjut kerana tindakan itu telah menjatuhkan imejnya di khalayak ramai.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

BACA: