Datuk Peter Minos Beri Jaminan Dua Trafik Samarahan Dijangka Siap Oktober Ini

12 Jul 2023 • 11:27 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Projek dua buah bulatan dijangka siap dalam masa terdekat ini.

Datuk Peter Minos Beri Jaminan Dua Trafik Samarahan Dijangka Siap Oktober Ini. Projek Lampu Isyarat di Expressway Kuching-Samarahan dijangka siap pada bulan Oktober tahun ini, menurut kenyataan Datuk Peter Minos.

Dipetik dari The Borneo Post, projek ini melibatkan pengubahsuaian bulatan menjadi persimpangan lampu isyarat untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan ini.

image is not available
Datuk Peter Minos Beri Jaminan Dua Trafik Samarahan Dijangka Siap Oktober Ini

Penyiapan projek ini telah dinantikan sejak tahun 2017.

Projek tiga buah bulatan telahpun selesai dilaksanakan, iaitu persimpangan Intan, persimpangan Tabuan Tranquility, dan persimpangan Setia Raja. Manakala dua lagi bakal siap dalam masa terdekat.

Dengan penyiapan projek ini, ia diharapkan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas dan meningkatkan perjalanan harian penduduk setempat.

image is not available

Diminta penduduk untuk tetap bersabar menghadapi kesesakan buat masa ini

Kawasan Samarahan di Sarawak merupakan destinasi penting yang melalui laluan Kuching-Samarahan Expressway. Kesesakan lalu lintas di kawasan ini sering menjadi sumber ketidakselesaan bagi pemandu dan penduduk setempat.

Dalam usaha untuk mengatasi masalah ini, kerajaan telah melancarkan projek penambahbaikan laluan ini dan salah satu aspek utamanya adalah pengubahsuaian bulatan menjadi persimpangan lampu isyarat.

image is not available

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved