Datuk Ram Singh Tak Tunduk Pada Politik, Bidas Tuduhan Palsu Berniat Jahat Menjatuhkannya

LocalPolitics
21 Aug 2025 • 4:46 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Peguam Datuk Ram Singh mengambil maklum dengan kebimbangan ramai selepas sekeping gambar tular di media sosial baru-baru ini dan mencetuskan sindiran tentang integiritnya terjejas.

Datuk Ram Singh bagaimanapun menegaskan beliau tidak pernah menerima, meminta atau dipengaruhi oleh sebarang dorongan daripada mana-mana parti politik atau mana-mana pihak yang berhubungan dengannya.

Tuduhan palsu, berniat jahat

Peguam itu yang mewakili seorang daripada lima remaja yang didakwa dalam kes berhubung kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir berkata, beliau tidak pernah membenarkan sebarang pertimbangan tidak wajar menjejaskan keputusannya.

Saya ingin menyatakan secara mutlak dan tanpa sebarang keraguan bahawa tuduhan ini adalah palsu sama sekali, berniat jahat, dan dirancang untuk mencemarkan reputasi profesional saya.

“Sepanjang masa, saya telah menjalankan tugas mengikut standard etika tertinggi profesion undang-undang dan peraturan tata kelakuan profesional,” tambahnya.

image is not available

Terdahulu, satu foto dikongsikan di media sosial secara meluas yang memaparkan dirinya bersama beberapa individu lain, salah seorangnya turut terlibat dalam kes yang sedang dibicarakan di Mahkamah Kanak-Kanak, Kota Kinabalu.

Sebelum itu pula, Ram memaklumkan kepada media bahawa beliau mengambil kes itu dan mewakili salah seorang remaja yang didakwa secara pro bono.

image is not available 2025-08-21 15:38:12

"Tak Akan Tunduk, Sejak Hari Pertama Fokus Saya Untuk Keadilan" - Foto Dengan Datuk Ram Singh Tular, Peguam Keluarga Arwah Zara Bersuara