Datuk Sangka Benda Terapung, Terkedu Lihat Mayat Cucu Dalam Longkang

LocalEnvironment
21 Sep 2024 • 12:26 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Datuk Sangka Benda Terapung, Terkedu Lihat Mayat Cucu Dalam Longkang

Seorang lelaki terkedu ketika melihat benda terapung di dalam longkang adalah cucu perempuannya yang dipercayai hilang sebelum itu, lapor Sinar Harian.

Difahamkan, kanak-kanak perempuan itu hilang sewaktu kawasan rumahnya di Lorong Seri, Jalan Langgar dilanda banjir pada petang Khamis.

Susulan penemuan itu, Mohd Hamidan Hashim, 38, memberitahu dia segera turun ke dalam longkang untuk mengambil cucunya, Nur Aisha Misya Afifah Abdul Fattah yang berusia dua tahun.

Hamidan kemudiannya membawa naik jasad kanak-kanak terbabit ke tepi longkang dan memanggil namanya berulang kali.

“Tetapi cucu saya tidak menunjukkan sebarang tindak balas malah wajahnya pucat dan bibirnya juga sudah kebiruan,” katanya seperti yang dilaporkan dalam Sinar Harian.

Jasad kanak-kanak itu timbul kira-kira jam 8 malam

Tambah Mohd Hamizan lagi, ketika kejadian, dia berada di tempat kerjanya berhampiran Stadium Darulaman sebelum dihubungi anak sulungnya yang juga ibu mangsa.

Siti Nurfarhana Abdullah yang berusia 18 tahun memaklumkan anaknya hilang dipercayai terjatuh dalam longkang.

“Anak menghubungi saya kira-kira jam 4.30 petang. Kemudian saya bergegas ke lokasi kejadian untuk mencarinya tetapi tak jumpa kerana air sangat dalam ketika itu.

“Penduduk kampung pun tolong cari cucu saya, ada yang cuba menyelam tetapi tak jumpa sebelum jasadnya timbul kira-kira jam 8 malam semalam,” katanya

“Semasa saya terima panggilan bagitahu cucu hilang, saya memang dah rasa tidak sedap hati.

“Kawasan ini tak pernah banjir pun, tetapi semalam bila air pasang dan bertembung dengan limpahan air sungai menyebabkan banjir kilat berlaku sehingga menenggelamkan longkang ini.

“Namun saya reda dengan pemergian cucu walaupun sehari sebelum kejadian dia menunjukkan perubahan sikap tidak mahu makan dan mendiamkan diri,” katanya.

Jenazah telah selamat dikebumikan pada petang Jumaat

“Pada mulanya saya ingat anak ke rumah nenek mereka tidak jauh dari lokasi kejadian. Masa tu anak sulung saya yang berusia tiga tahun ada di dalam rumah.

“Saya kemudian rasa tidak sedap hati dan terus menghubungi ayah sebelum keluar mencari anak saya,” ujarnya.

Tambahnya lagi, orang kampung memaklumkan anak bongsu dari dua beradik itu telah dijumpai dalam longkang yang dinaiki air sungai yang melimpah.

Bagaimanapun, jasad kanak-kanak terbabit dihantar ke Jabatan Forensik HSB untuk tindakan lanjut.

Menurut Sinar Harian lagi, jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Irfan, Derga, Jalan Langgar pada petang Jumaat.