“Datuk Saya Dilahirkan Di Venezuela Dan Nenek Saya Di Sepanyol, Maksud Saya Malaysia, Maaf” – Pemain Warisan ‘Tersalah Cakap’

LocalFootball
19 Nov 2025 • 11:07 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Nama pemain warisan negara, Gabriel Felipe Arrocha atau Gabriel Palmero kembali menjadi perhatian apabila laporan siasatan FIFA mendedahkan beliau tersalah cakap ketika ditemu bual berhubung isu pemalsuan dokumen melibatkan tujuh pemain.

Menurut laporan penuh setebal 63 muka surat yang diterbitkan FIFA, Arrocha menimbulkan keraguan apabila memberikan jawapan bercanggah mengenai tempat lahir datuk dan neneknya  maklumat penting bagi mengesahkan status keturunannya.

Advertisement

image is not available

FIFA menjelaskan bahawa ketika siasatan, Arrocha gagal menyediakan salinan dokumen asal yang pernah diserahkan kepada ejen pemain tersebut semasa pertemuan makan bersama bapanya.

image is not available

FIFA turut menegaskan bahawa kenyataan Arrocha semasa pendengaran sangat penting kerana beliau merupakan pemain terakhir yang ditemu bual. Namun jawapan awalnya mencetuskan kebimbangan.

Apabila ditanya mengenai tempat lahir neneknya, jawapan pertama Arrocha adalah “Sepanyol”, tetapi kemudian dia membetulkan kepada “Malaysia”.

FIFA memetik kata-kata tepatnya:

“Datuk saya dilahirkan di Venezuela dan nenek saya di Sepanyol… Maksud saya Malaysia, maaf.”

Kesilapan itu menimbulkan tanda tanya dalam siasatan, khususnya ketika isu pemain warisan sedang hangat diperkatakan dalam bola sepak negara.

Laporan siasatan ini dijangka memberi kesan besar kepada penilaian semula status tujuh pemain terbabit serta tindakan lanjut yang bakal diambil FIFA terhadap pihak berkaitan. – KOSMO ONLINE

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2025-11-19 10:48:00

"Bini Kasi Mancing, Itu Yang Penting" - Bot Pemancing Malaysia Hanyut Masuk Perairan Singapura, Cara Polis Negara Jiran Tegur Buat Netizen Terkejut

The post “Datuk Saya Dilahirkan Di Venezuela Dan Nenek Saya Di Sepanyol, Maksud Saya Malaysia, Maaf” – Pemain Warisan ‘Tersalah Cakap’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.