Datuk Seri Anwar Ibrahim Minta PDRM Tidak Sekat Media Untuk Membuat Liputan Berita

LocalPolitics
23 Aug 2024 • 9:11 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
pmx

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan dirinya akan menghubungi PDRM supaya tidak mengenakan sekatan kepada Media yang ingin membuat liputan berita daripada agensi itu.

Soal media, saya akan hubungi pihak PDRM segera supaya jangan ada mana-mana sekatan kepada media seperti mana yang berlaku kepada Malaysiakini.

Dilaporkan portal Malaysiakini tidak dibenarkan membuat liputan di sebuah acara polis di Kuala Lumpur walaupun sudah menerima undangan menerusi emel daripada Bukit Aman.

Acara “PDRM Special Dialogue II” bermula dengan perbincangan tertutup antara Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan pemegang taruh antaranya agensi penguatkuasaan undang-undang lain di bawah Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kewangan.

Walau bagaimanapun, wartawan daripada portal itu dibenarkan masuk kemudian untuk membuat liputan sidang media melibatkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Ruji Ubi.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: – Awani


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved