Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda sebanyak RM210 juta selepas didapati bersalah dalam kes menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd.
Pada ketika ini, Najib masih lagi kekal sebagai Ahli Parlimen Pekan walaupun disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Persekutuan semalam.
Najib boleh mohon pengampunan
Dalam pada itu, Pakar Perlembagaan, Prof Datuk Dr Shamrahayu A. Aziz turut mengatakan bahawa bekas Menteri Kewangan itu boleh membuat petisyen memohon pengampunan.
Pakar Perlembagaan, Prof Datuk Dr Shamrahayu A. Aziz berkata, dalam kes Datuk Seri Najib, bekas perdana menteri itu boleh memfailkan petisyen bagi tujuan pengampunan.