Datuk Seri Siti Nurhaliza Tegur Netizen Yang Berkempen Blockout 2024

Politics
17 May 2024 • 11:56 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Kempen Blockout 2024 makin berkesan sehingga ada artis yang sanggup membatalkan kontrak dengan jenama pro-Israel namun apa yang menjadi bualan hangat adalah teguran yang melampau dari netizen di media sosial.

Menerusi laporan Kosmo!, penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkata teguran diberikan mestilah dengan beradab selari dengan kempen tersebut.

Siti juga menegaskan setiap orang ada pilihan dan alasan sendiri namun baginya gerakan ini adalah perkara baik kerana produk tempatan dapat sokongan dan semakin berkembang.

image is not available

Jika tidak suka, lebih baik diam. Boleh sahaja menyokong Blockout 2024, tetapi tidak perlu sampai memalukan dan memaki orang.

Agama Islam mengajar kita untuk mengajar kita untuk mengur dengan beradab.

Mengenai isu Palestin, sudah ramai yang tahu, Siti telah memberikan sokongan ke Palestin melalui platform Yayasan Nurjiwa sebelum konflik pada 7 Oktober lalu.

Melalui Yayasan Nurjiwa, kami dapat menyalurkan bantuan ke Gaza. Itulah yang kami cuba lakukan untuk agama dan jihad kita.

Apa yang kami lakukan adalah salah satu usaha. Sebagai umat islam, kita dituntut untuk mempertahankan agama dan saudara islam yang ditindas.

Betul juga nasihat Tokti ni, walapun kita berkempen, takperlulah sehingga memaki sehingga membuatkan emosi artis berkenaan terkesan.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved