Datuk Seri Vida Akhirnya Bersuara Isu Tunggakan Hutang RM1 Juta 

LocalBusiness & Finance
26 Nov 2024 • 12:28 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Datuk Seri Vida

Kecoh di media sosial sejak semalam apabila usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida dikatakan gagal melunaskan tunggakan RM1,060,285 kepada syarikat kontraktor pembinaan, Ah Design Communication Sdn Bhd.

Terbaru! Menurut laporan Kosmo, usahawan itu akhirnya tampil bersuara dan telah melantik peguam untuk menangani kes tunggakan bayaran ubah suai kilangnya itu..

Datuk Seri Vida gagal lunaskan tunggakan lebih RM1 juta

image is not available

Bukan tu jer, Datuk Seri Vida juga menegaskan yang dirinya mengambil isu ini dengan serius dan komited untuk menyelesaikannya secara profesional.

Saya telah melantik peguam untuk menasihati dan membantu saya dalam menyelesaikan perkara ini dengan cara terbaik serta mengikut lunas undang-undang.

Vida juga meminta agar diberi ruang untuk menangani isu tersebut dengan tenang, sambil menghargai sokongan semua pihak terhadap dirinya.

Empat kereta mewah disita

image is not available

Untuk info, empat kereta mewah milik Datuk Seri Vida iaitu dua buah Toyota Vellfire, satu Toyota Grand Hiace, dan sebuah BMW X7 telah disita di kediamannya di Meru, Ipoh. Bukan tu jer, barangan dalam rumahnya itu turut sama disita.

Vida dikatakan gagal menyelesaikan baki bayaran tunggakan sebanyak RM1,060,285 kepada sebuah syarikat kontraktor itu sejak tahun 2018. Apapun, semoga dipermudahkan segala urusan buatnya.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Kosmo


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved