Datuk Seri Vida Dedah Cerita Sebenar Kontraktor Hilang, Sekarang Hanya Mampu Reda Dan Tawakal

LocalEntertainment
9 Jan 2025 • 11:12 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Datuk Seri Vida

Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida tampil menjelaskan isu tuntutan hutang oleh sebuah syarikat kontraktor yang sedang hangat diperkatakan.

Menurut laporan mStar, Vida telah membayar sebanyak RM3.5 juta kepada syarikat terbabit bagi projek renovasi kilang menjadi studio.

“Bayar penuh, tapi kontraktor hilang tiga bulan” – Datuk Seri Vida

image is not available

Namun, hasratnya untuk melihat studio itu siap dalam masa tiga bulan tidak kesampaian apabila kontraktor tersebut dikatakan menghilangkan diri.

Saya bayar penuh RM3.5 juta. Tapi bila dah dapat duit, dia hilang selama tiga bulan! Tandas tiada, elektrik pun tiada.

Tambahnya lagi, beliau terpaksa berurusan dengan pekerja bawahan dan hasil akhir projek tidak memenuhi spesifikasi yang diminta.

Berhubung isu lain, Vida memaklumkan acara lelongan barangan di rumahnya terpaksa ditunda buat sementara waktu. Beliau yakin dirinya berada di pihak yang benar dalam tuntutan ini dan akan memperjuangkan haknya melalui saluran yang betul.

Saya reda dan yakin Tuhan uji saya untuk beri ganjaran. Saya dah buat macam-macam usaha. Sekarang, saya tawakal.

Pesanan Vida untuk usahawan

image is not available

Vida turut berkongsi nasihat kepada mereka yang ingin berjaya dalam perniagaan. Menurutnya, kejujuran adalah kunci utama dalam menjalankan perniagaan.

Kalau nak berniaga, jangan tipu orang. Tak berkat perniagaan kita.

#OhmediaNasihat

Perniagaan yang berkat bermula dengan kejujuran. Sama ada kita sebagai usahawan atau pelanggan, pastikan segala urusan dilakukan dengan telus dan profesional untuk mengelakkan isu seperti ini. Sebelum melabur, lakukan kajian mendalam tentang pihak yang bakal bekerjasama dengan kita.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: mStar