Datuk Yong dipilih sebagai presiden Malaysian Press Institute

15 Dec 2023 • 9:16 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

CYBERJAYA: Datuk Yong Soo Heong, bekas Ketua Pengarang Bernama dan kini Ketua Pengarang portal berita, The Weekly Echo dilantik sebagai Presiden Malaysian Press Institute (MPI) pada pemilihan tiga jawatan utama Majlis Pentadbir pada Mesyuarat Agung Luar Biasa MPI yang diadakan pada hari ini.

Pengarang Kumpulan The New Straits Times, Farrah Naz Karim dipilih sebagai Timbalan Presiden manakala Brian Martin, Pengarang Pengurusan Star Media Group sebagai Naib Presiden. Ahli memberikan fokus kepada mesyuarat agung luar biasa yang dipengerusikan oleh Dr. Mohd Safar Hasim (duduk, tiga dari kanan).

Merakamkan ucapan terima kasih kerana kepercayaan dan penghormatan yang diberikan oleh ahli kepada Majlis Pentadbir MPI yang baharu ini, Datuk Yong berkata memandangkan landskap media semakin berkembang, MPI boleh menjadi lebih inklusif dan relevan kepada industri media dengan mengadakan lebih banyak program-program latihan. Farrah Naz Karim (Timbalan Presiden) dan Brian Martin (Naib Presiden)

“Program-program latihan ini bertujuan untuk membantu melahirkan lebih ramai wartawan yang berkualiti dan berkebolehan tinggi dalam usaha membantu meningkatkan taraf kewartawanan di negara ini”, katanya.

Beliau berkata dengan kerjasama dan penglibatan semua pihak, MPI akan menjemput lebih banyak media untuk menyertai MPI sebagai ahli. Timbalan Presiden MPI, Farrah Naz (duduk, tiga dari kiri) dan Naib Presiden,Brian Martin (duduk, empat dari kanan) bergambar bersama Ahli selepas tamat mesyuarat agung luar biasa. Tiada dalam gambar: Presiden Datuk Yong yang menyertai secara atas talian.

Tempoh perkhidmatan Ahli Majlis Pentadbir adalah sehingga mesyuarat Agung MPI yang akan diadakan sebelum pertengahan tahun hadapan.

MPI mempunyai enam orang Ahli Majlis Pentadbir termasuk tiga jawatan yang baharu dilantik.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.