“Datuk Zayn Ada Mohon Maaf” – Mahmud Maklum Beliau Masih Peguam Wakili Ibu Zayn Rayyan

11 Jun 2024 • 10:34 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Peguam, Mahmud Abdul Jumaat tampil menegaskan bahawa dia masih lagi peguam mewakili ibu kepada mangsa bunuh, Zayn Rayyan.

Perkara itu dimaklumkan Mahmud menerusi satu hantaran di Facebook di mana dia telah pertimbangkan keputusan tersebut setelah berjumpa dengan keluarga itu.

 

Peguam Mahmud beri penjelasan mengenai status lantikan

Menurut Mahmud, dia telah dihubungi keluarga bapa Zayn Rayyan sekitar jam 11 malam setelah pasangan suami isteri itu ditahan reman bagi membantu siasatan.

Namun, dia tidak menyangka isu surat perlantikan rasmi itu menjadi hal yang besar dan dibangkitkan ahli keluarga Zayn Rayyan kerana ia adalah tidak wajib dilakukan.

Menyentuh isu perlantikan rasmi, saya dengan niat yang suci, ingin membantu kerana dalam hati ini ada niat yang suci, ingin bantu kerana rasa kasihan, sudahlah kehilangan anak, jadi orang yang disyaki pula.

Masih lagi peguam mewakili ibu Zayn

Pada hari Ahad, datuk Zayn Rayyan ada meminta untuk berjumpa setelah suami isteri itu ditahan reman dan berjumpa bagi membincangkan mengenai perkara itu namun keesokannya, Mahmud mengambil keputusan untuk tidak mewakili ibu Zayn atas sebab tertentu.

image is not available

Sumber : sjbdgeawkbjdjsn  

Tiba-tiba saya menerima berita bahawa saya tidak pernah dilantik untuk menjadi peguam ibu bapa Zayn Rayyan, bagi saya adalah fitnah.

Saya datang mahkamah tempoh hari untuk apa? kenapa hubungi saya malam itu untuk hadir ke mahkamah? mereka datang ke pejabat saya tempoh hari untuk apa?

Walau bagaimanapun, datuk Zayn ada tampil memohon maaf setelah insiden itu dan berharap agar isu perlantikan peguam tidak lagi berlaku selepas ini.

Maaf kepada semua yang menanti penjelasan ini, saya juga seperti mana semua rakyat Malaysia, yang inginkan keadilan buat Zayn Rayyan, yang dibunuh serta diseksa secara kejam.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 week ago

"Saya Tidak Lagi Mewakili Ibu Bapa Kes Pemb*nuhan Zayn Rayyan Mulai Hari Ini" - Peguam

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved