
https://twitter.com/JohnDol83/status/1656177587486605312?s=20
Isu penjagaan kebersihan di kawasan perumahan berkomuniti terutamanya di bangunan tinggi seperti kondominium atau rumah pangsa sering menjadi keutamaan penduduk.
Ini kerana, setiap penduduk ingin hidup dalam keadaan yang selesa dan bersih.
Pun begitu masih terdapat segelintir penduduk yang bersikap tidak bertanggung jawab apabila membuang sampah di merata tempat.
Lebih menjijikkan apabila barangan peribadi seperti kondom terpakai turut dibuang begitu sahaja di kawasan luar rumah sehingga menjejaskan penduduk lain apabila ia terjatuh di kawasan rumah orang lain.
Wanita berang jumpa kondom terpakai di kawasan rumah
Perkara sama turut berlaku kepada seorang wanita di Twitter apabila dia meluahkan rasa tidak puas hati selepas terjumpa kondom terpakai milik individu tidak bertanggungjawab.
Menerusi ciapan yang dikongsikan oleh Mimie Rahman, kondom tersebut telah terjatuh di atas pokok tanaman miliknya.
“Pesanan ikhlas ya anak-anak. Jangan la buang kondom dekat tingkap kalau hidup di kondo atau apartmen.
“Jatuh atas pokok ni, aku boleh lah nak godek-godek bagi masuk plastik tanpa guna tangan. Tapi kalau jatuh atas compressor penghawa dingin aku, siapa nak kutip?” luahnya.
TW: Used condom.
Pesanan ikhlas ye anak anak.
Jangan la buang kondom dekat tingkap kalau hidup di kondo atau apartment.
Jatuh atas pokok ni, aku boleh la nak godek godek bagi masuk plastik tanpa guna tangan.
Tapi kalau jatuh atas compressor aircond aku, sape nak kutip?? pic.twitter.com/1zs4AWIS0m
Kondom jatuh atas pokok tanaman
Apa yang membuatkan wanita itu lebih sakit hati lagi, kondom tersebut bukan terjatuh di pokok hiasan sebaliknya di pokok ajinomoto yang mana daunnya biasa dijadikan makanan.
Okay you all, ada bau.
Tak pasal pasal aku nak kena sembur air dekat pokok aku ni.
Kalau pokok hiasan takpe lah juga. Ni pokok ajinomoto! Daun ni aku nak buat makan. Yih!! 😡
Melihat di ruangan balas, ramai yang mengecam tindakan individu berkenaan dan turut menyifatkan kondom tersebut kelihatan kotor kerana berwarna coklat.
Tidak kurang juga ada yang meminta agar ujian DNA dilakukan agar tindakan undang-undang boleh diambil ke atas individu tersebut.
warna kecoklatan di situ..so fhm2 la golongan mana punya💩 Apa2 pun mmg bodo la, menyusahkan org and pengotor. Dh tkde tong sampah ke dlm rumah 🤢🤮
Check dna, boleh tahu owner dia sapa dan boleh amik tindakan undang2.
Pernah saya duduk kat apartment bandar sunway , park moto kat luar dkt dgn rumah, pagi nk pi keja condom jatuh betul2 atas meter motor, paling mengelikan tu air sisa m@n! Tumpah kat celah2 cover meter dgn tempat gangang motor tu .. 🥲
That's disgusting.
Kenapa buang bahan bukti merata-rata nie 😂 Adoi la dah tahun 2023 masih ada mentaliti sebegini, buang sampah campak ke bawah.

