David Beckham Berbaris 13 Jam Untuk Beri Penghormatan Terakhir Buat Ratu Elizabeth II

Entertainment
18 Sep 2022 • 1:58 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
David Beckham ketika meninggalkan Westminster Hall - Gambar AFP

Bekas pemain bola sepak terkenal England iaitu David Beckham sanggup berbaris selama hampir 13 jam demi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Ratu Elizabeth II biarpun telah diberi tawaran untuk memotong barisan. 

Hadir lengkap memakai sut berwana hitam serta memakai pelitup muka, Bekcham mula beratur sejak jam 2 pagi lagi, namun kehadirannya tidak disedari sesiapa sehinggalah waktu tengah hari apabila gambarnya mula tular di media sosial.

        View this post on Instagram                      

A post shared by BBC News (@bbcnews)

“Kita semua mahu berada di sini bersama-sama untuk memberikan penghormatan terakhir. Kita semua mahu merasai sesuatu di mana kita meraikan kehidupan ratu kita yang sangat menakjubkan. Saya rasa momen seperti ini perlu dikongsi bersama,” katanya kepada BBC.

image is not available
David Beckham memberikan penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth II di Westminster Hall - Gambar AFP/UK Parliaments

Ditanya kenapa dia menolak tawaran untuk memotong barisan, kata suami kepada Victoria Beckham ini, mendiang datuknya, Joseph West merupakan seorang setiaraja dan dia pasti kecewa andai tahu cucunya memotong barisan untuk memberi penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth II. 

Terdahulu, Ratu Elizabeth II telah disahkan mangkat pada 8 September lalu di Istana Balmoral, United Kingdom pada usia 96 tahun. - Getaran, 18 September 2022