Dayang Enterprise peroleh lanjutan kontrak penyelenggaran selama lebih setahun daripada Hibiscus

LocalBusiness & Finance
17 Aug 2023 • 5:42 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Dayang Enterprise peroleh lanjutan kontrak penyelenggaran selama lebih setahun daripada Hibiscus

diyana

17/08/2023 - 17:42

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Dayang Enterprise Holdings Bhd, melalui anak syarikatnya, Dayang Enterprise Sdn Bhd, telah menerima pindaan dan pelanjutan kontrak daripada Hibiscus Oil & Gas Malaysia Ltd.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu berkata pindaan dan lanjutan kontrak menyediakan penyelenggaraan, pembinaan dan pengubahsuaian Pan Malaysia.

Kontrak tersebut adalah berdasarkan keperluan dan dilanjutkan bagi tempoh lebih kurang setahun, lima bulan dan 15 hari bermula 17 Julai 2023 hingga 31 Disember 2024.

“Nilai kontrak adalah berdasarkan mana-mana perintah kerja yang dikeluarkan oleh Hibiscus Oil & Gas Malaysia sepanjang tempoh kontrak (yang termasuk tempoh lanjutan kontrak),” katanya.

Dayang berkata kontrak tersebut tidak akan memberi kesan ke atas modal terbitan syarikat dan dijangka menyumbang kepada pendapatannya sepanjang tempoh kontrak.

Saham Dayang ditutup rendah pada RM1.49 hari ini, susut 3 sen atau 2% dengan permodalan pasaran bernilai RM1.7 bilion. - DagangNews.com