Mayat ditemukan terapung di Sungai Pahang

26 Sep 2019 • 6:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

TEMERLOH - Hasrat seorang lelaki memberikan makanan pada ikan peliharaannya di sangkar terencat selepas menemui mayat seorang lelaki terapung di Sungai Pahang dekat Kampung Buntut Pulau pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner, Zundin Mahmood berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi itu, mayat Mohd Fazairi Abu Bakar,38, dari Kampung Tebal di sini ditemukan dalam keadaan terbaring dan sudah kembung di dalam sungai tersebut oleh orang awam kira-kira jam 9.40 pagi.

"Hasil temubual, saksi memberitahu ketika memberi makan ikan di sangkar telah ternampak mayat yang sedang terapung di tengah-tengah sungai berkenaan dan menghala ke arah hilir sungai ke Kampung Pangsenam.

"Hasil pemeriksaan awal mendapati luaran tubuh si mati didapati tiada sebarang kecederaan selain tiada unsur-unsur jenayah disyaki berlaku," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved