
DEWAN Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) ketika ini dalam proses menaik taraf aplikasi “iBersih” bagi memudahkan pemilik rumah membuat permintaan untuk pelupusan sisa taman dan sampah pukal.
Agensi itu juga bercadang bagi menggantikan tong sampah komuniti yang rosak di sebuah pusat komersial di Kolombong, sebaik sahaja stok tong baharu diperoleh semula.
Langkah ini diambil susulan maklum balas daripada pembayar cukai kediaman yang menghadapi kesukaran dalam proses pendaftaran selepas memuat turun aplikasi terbabit, serta keadaan tong pengumpulan sampah yang daif di kawasan deretan kedai dua tingkat di Lorong Terap.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Individu yang menyuarakan masalah ini memberikan butiran berkaitan kepada Hotline. Maklumat ini kemudiannya disalurkan kepada agensi.
Jurucakap Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal (JPSP) DBKK berkata buat sementara waktu ia menyasarkan untuk menyiapkan naik taraf aplikasi “iBersih” itu menjelang akhir September.
“Kami mahu menjadikan aplikasi ini lebih mesra pengguna dan interaktif,” katanya.
“Salah satu perkara yang akan dilakukan ialah mengintegrasikan ‘iBersih’ dengan aplikasi ‘Sabah Smart Parking’ (SSP).
“Pengguna jalan raya akan dapat menekan ikon dalam aplikasi SSP untuk membuat permintaan dan menggunakan e-dompet dalam aplikasi itu bagi membayar caj pengambilan sisa taman dan sampah pukal mereka.”
Menjawab pertanyaan seorang pengguna “iBersih” yang ingin tahu mengapa agensi mengenakan caj RM10 bagi pengambilan satu beg sisa taman, dia menjelasnya, caj sebenar ialah RM1 bagi setiap beg yang diambil.
“Bagaimanapun, tidak berbaloi dari segi kos untuk menghantar sebuah lori terbuka dan satu pasukan pekerja hanya untuk mengangkut satu beg sisa taman.
“Oleh itu, kami menetapkan had minimum sebanyak RM10 untuk setiap perjalanan.”
Katanya, pemilik rumah digalakkan untuk mengumpul sehingga 10 beg sisa taman sebelum membuat permintaan melalui “iBersih”.
“Bagaimanapun, jika mereka benar-benar tidak tahan melihat satu beg sampah itu diletakkan di sebelah tong sampah mereka, maka mereka harus bersetuju untuk membayar RM10 bagi proses pelupusannya.”
Bayaran sebanyak RM5 dikenakan bagi setiap barang pukal yang perlu dialihkan, menurutnya.
Katanya, DBKK menyasarkan untuk membersihkan sisa taman dan sampah pukal dalam tempoh seminggu dari tarikh permintaan dibuat secara dalam talian.
“Sebuah lori kami akan dihantar ke kawasan pemohon untuk tujuan ini. Adalah mustahil untuk memuatkan sisa besar ke dalam pemampat kami dan berbuat demikian untuk beg sisa taman pula boleh merosakkan sistem hidraulik kenderaan itu.”
Pemampat digunakan khusus untuk pelupusan sampah isi rumah termasuk sisa dapur, menurut jurucakap itu.
“Petugas kami akan mengambil gambar menggunakan telefon bimbit sebagai rekod untuk pihak pentadbiran. Imej ini juga akan dikongsi dengan pengguna aplikasi sebagai bukti perkhidmatan telah dilaksanakan.”
Dia menjelaskan aplikasi itu diperkenalkan bagi mengurangkan kemungkinan timbunan sampah haram muncul di kawasan perumahan yang berada di bawah bidang kuasa agensi berkenaan.
“Sesiapa yang didapati membuang sampah sewenang-wenangnya di kawasan awam boleh dikenakan kompaun sehingga RM500.”
Katanya, tindakan sedemikian boleh diambil di bawah Undang-Undang Kecil (Anti Sampah) DBKK 1984 (Pindaan 2005). Dalam kes yang lebih serius, pesalah boleh dibawa ke mahkamah.
“Jika didapati bersalah, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM10,000.”
Dalam kes Kawasan Perindustrian Ringan Hai Ou di Kolombong, jurucakap itu berkata kakitangan JPSP telah membuat pemeriksaan awal di lokasi pengumpulan selepas dihubungi media.
“Mereka mengesahkan bahawa salah satu daripada tiga tong sampah awam diletakkan terbalik kerana tidak boleh digunakan lagi,” katanya.
“Terdapat pelbagai barang terbuang berselerak di kawasan awam sekitar tong yang rosak itu.”
Sebuah pasukan yang terdiri dariapda lima anggota dari Jabatan itu kembali ke kawasan Lorong Terap beberapa jam kemudian bersama sebuah lori terbuka untuk membersihkan kekotoran di kawasan terbabit.
“Kami sedang menunggu kira-kira 2,000 tong sampah awam baharu untuk dihantar kepada kami. Sebaik sahaja kami menerimanya, sebuah tong baharu akan diletakkan di lokasi pengumpulan itu.”
Katanya, sampah di pusat komersial itu dikutip sekali sehari.
“Semakan rekod kami menunjukkan tiada gangguan perkhidmatan berlaku. Bagaimanapun, kakitangan kami diminta memantau keadaan sampah di kawasan ini dari semasa ke semasa untuk memastikan semuanya terkawal.”


