
DEWAN Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengeluarkan kompaun sebanyak RM1,900 kepada tujuh pemilik kedai di sebuah pusat komersial di Luyang baru-baru ini kerana gagal mematuhi keperluannya berhubung perangkap gris di premis mereka.
Jurucakap Jabatan Kesihatan Persekitaran (JKP) agensi itu berkata enam daripada pemilik ini didenda RM300 setiap seorang di bawah Undang-undang Kecil Premis Makanan 1966 DBKK, manakala seorang lagi terpaksa membayar RM100 kerana melanggar Undang-undang Kecil Anti-Sampah 1984 (Pindaan 2005) DBKK.
“Mereka gagal memasang perangkap gris mengikut spesifikasi kami, malah ada yang menyalurkan air kotor dari perangkap ini ke dalam parit guna sama di luar kedai makan mereka,” katanya. SEORANG lagi pemeriksa kesihatan bercakap dengan pekerja kedai makan ini tentang saluran yang disambung dari dapur ke parit guna sama di belakang kedai.
Katanya, pesalah dikenakan tindakan apabila terlalu banyak lemak beku, minyak dan gris (FOG) yang didapati menyekat saluran pembetung yang memberi khidmat Lintas Plaza di mana kedai makan mereka terletak.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “Jumlah FOG yang dikeluarkan dari saluran yang menuju ke lurang di kawasan itu sudah cukup untuk mengisi 41 beg plastik hitam.”
Perkara ini terbongkar semasa operasi bagi memeriksa perangkap gris di sekitar hartanah komersial itu awal bulan ini, menurutnya.
Katanya, 15 kakitangan JKP menyertai operasi ini.
“Mereka disertai oleh lima anggota dari Jabatan Kejuruteraan.”
Jurucakap itu berkata kira-kira 46 perangkap gris di 30 premis telah diperiksa sebagai sebahagian daripada usaha ini.
Katanya, risalah mengenai keperluan agensi itu berhubung pemasangan dan penyelenggaraan perangkap gris di premis ini, diedarkan kepada setiap pemilik kedai makan. PEKERJA kontraktor kumbahan DBKK melakukan kerja pembersihan pembetung.
Tegasnya, lepasan berminyak yang memasuki perangkap perlu dikeluarkan setiap hari.
“Jangan bertangguh membersihkan perangkap hanya apabila wujud keperluan berbuat demikian.”
Dia berkata ia penting untuk minyak masak terpakai dari dapur komersial ditangani dengan penuh tanggungjawab.
“Pemilik juga harus mengelak daripada mengubah suai perangkap dan perlu mematuhi spesifikasi yang diluluskan kami.
“Sebuah ‘T-joint’ juga perlu diletakkan di hadapan saluran keluar dari peralatan ini dan ia tidak sepatutnya disambungkan ke saliran yang memberi khidmat di premis mereka.” KAKITANGAN DBKK mengeluarkan kompaun kepada kakitangan di premis ini.
Jurucakap Jabatan Kejuruteraan DBKK berkata, kru penyelenggaraannya sudah menyelenggara 12 lurang di sekitar Plaza Lintas.
“Mereka mula membersihkan pembetung di bawahnya, selepas menyedari air kumbahan menyusup keluar dari bahagian tepi struktur ini,” katanya.
“Sisa FOG beku adalah antara objek asing yang dikumpul daripada kumbahan.
“Kami mengesyaki sesetengah pihak mungkin membuang minyak masak terpakai ke dalam saluran pembetung.”
Jurucakap itu berkata pekerja kontraktor datang semula sehari selepas operasi bersama itu: untuk menyemak semula tahap efluen di dalam lurang dan sekali lagi bagi memeriksa keadaan rumah pam kumbahan di hartanah itu.
Mereka mendapati tiada apa-apa yang tidak kena pada aset kumbahan ini pada kedua-dua kejadian, menurutnya.
“Pun begitu, kami menyeru kontraktor untuk membuat pemeriksaan berkala ke atas rumah pam, serta saluran pembetung yang memberi khidmat pusat itu.
“Kakitangan penyelenggaraan diminta mengaktifkan semula pam sekiranya ia terpelantik.”
Selain itu, jurucakap itu berkata, kontraktor diminta meningkatkan usaha untuk membersihkan paip kerana ini akan membantu mengurangkan gangguan yang ditimbulkan oleh mana-mana lurang yang melimpah di kawasan berkenaan.
“Kami bekerjasama dengan JKP untuk menangani masalah yang timbul daripada pembuangan minyak masak terpakai di dapur secara sembarangan di kawasan ini.”
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
