DBKK kuatkuasa semula kadar fi lesen hotel ke kadar asal 1966

LocalBusiness & Finance
17 Jan 2025 • 8:48 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), dengan kelulusan Kerajaan Negeri, menguatkuasakan semula kadar fi lesen asal berdasarkan Undang-Undang Kecil Bandaraya Kota Kinabalu (Hotel dan Rumah Lojing) 1966 berkuat kuasa 1 Januari.

“Pengiraan fi lesen hotel dan rumah lojing adalah berdasarkan formula yang dinyatakan dalam Undang-Undang Kecil (Hotel dan Rumah Lojing) Bandaraya Kota Kinabalu 1966, mengambil kira kategori kelas hotel dan kadar penghunian,” menurut kenyataan DBKK, di sini, Khamis.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Fi sebenar yang dikenakan untuk setiap bilik hotel yang dihuni adalah RM4.65 setiap bilik/sehari untuk Kelas 1, RM2.65 setiap bilik/sehari untuk Kelas 2, dan RM1.30 setiap bilik/sehari untuk Kelas 3. Jika bilik tidak dihuni, tiada fi akan dikenakan.

DBKK perlu menguatkuasakan mana-mana perundangan atau peraturan seperti yang termaktub dalam undang-undang yang diguna pakai di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu. Ini termasuk kutipan fi lesen.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Hasil daripada fi lesen ini akan digunakan untuk menampung kos penyampaian pelbagai perkhidmatan di kawasan bandaraya, memastikan Bandaraya Kota Kinabalu terus menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa.

DBKK turut menekankan bahawa fi lesen hotel ini merupakan salah satu daripada kos operasi perniagaan hotel dan boleh diambil kira dalam proses pengisytiharan cukai pendapatan tahunan pengusaha hotel.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Bagi melincinkan proses pengutipan fi lesen hotel, DBKK menyediakan Garis Panduan Permohonan dan Pembaharuan Lesen Hotel, yang memperincikan syarat-syarat permohonan, dokumen diperlukan, kaedah kiraan dan pelaksanaan fi lesen hotel untuk rujukan pengusaha hotel.

Selain itu, DBKK telah mewujudkan sistem pengisian borang penghunian dalam talian di portal DBKK eServices untuk memudahkan kiraan dan pembayaran oleh pengusaha hotel.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Sebelum menguatkuasakan semula kadar fi lesen berdasarkan Undang-Undang Kecil tersebut, DBKK telah mengadakan dua Sesi Libat Urus yang dipengerusikan oleh Mayor Datuk Seri Dr. Sabin Samitah, pada 1 Oktober dan 29 Oktober 2024.

Sesi libat urus bersama pengusaha industri hotel dan rumah lojing ini bertujuan untuk menerangkan mekanisme pelaksanaan Undang-Undang Kecil terbabit sambil mendapatkan maklum balas daripada pemain industri.

Berhubung isu Penginapan Sewa Jangka Pendek (STRA) yang dibangkitkan oleh persatuan hotel, DBKK sudah pun mengambil langkah dengan menyediakan garis panduan khusus untuk STRA DBKK, yang dikuatkuasakan sejak 2 Januari 2025 dan juga tertakluk kepada Undang-Undang Kecil (Hotel dan Rumah Lojing) Bandaraya Kota Kinabalu 1966.

DBKK menghargai pengusaha hotel yang telah memenuhi tanggungjawab mereka. Sehingga 15 Januari 2025, lebih 50 peratus pengusaha hotel, membabitkan 99 premis, telah membayar fi lesen hotel dan rumah lojing mereka bagi Januari 2025.