DBKK kutip 200kg sampah di Segama Waterfront

14 Apr 2024 • 1:46 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) terpaksa mengutip 200 kilogram sisa sampah yang dibuang secara tidak bertanggungjawab semasa cuti perayaan Aidilfitri di sekitar Segama Waterfront di sini.

DBKK dalam kenyataan menyebut tindakan pengutipan dan penyapuan dilakukan segera di sekitar Segama Waterfront serta Taman Awam Teluk Likas selepas perkongsian orang awam melalui gambar dan video sampah sarap yang bertaburan di kawasan berkenaan.

Menurut kenyataan itu, sampah sarap yang bertaburan telah mengotori persekitaran dan menimbulkan rasa ketidakselesaan kepada pengunjung.

“Ini menunjukkan mentaliti segelintir masyarakat awam yang masih menganggap tugas menjaga kebersihan adalah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan atau pihak berwajib semata-mata,” menurut kenyataan itu.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Susulan itu, DBKK melalui Jabatan Penguatkuasaan akan mengaktifkan Ops Payung di kedua-dua tempat tersebut bagi menguatkuasakan sepenuhnya Undang-Undang Kecil (Anti Sampah Sarap) 1984 Pindaan 2005 yang membolehkan DBKK mengambil tindakan kompaun serta tindakan mahkamah ke atas kutu sampah.

Kenyataan itu menyebut setakat Januari hingga Jumaat, DBKK telah mengenakan 278 kompaun di bawah kesalahan Undang-undang Kecil (Anti Sampah Sarap), masing-masing 64 kompaun di Taman Teluk Likas dan 214 dikeluarkan di pusat bandar.

“Dalam minggu ini juga, lima kompaun di bawah Undang-undang Kecil (Penjaja) 1966 dikeluarkan ke atas penjaja haram di Taman Awam Teluk Likas sementara satu rampasan barangan penjaja haram di Segama Waterfront,” menurut kenyataan itu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.