
DEWAN Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengutip kompaun berjumlah RM22,800 daripada kutu sampah sepanjang 12 bulan lalu sebagai sebahagian daripada operasi “Ops Bersih” yang dijalankan di pusat komersial dan pekan-pekan dalam kawasan pentadbiran agensi terbabit.
Seorang jurucakap Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal (JPSP) berkata sebanyak RM4,200 telah dikutip pada Disember daripada 210 perokok yang menyelesaikan kompaun mereka di tempat kejadian. AHLI pasukan JPSP bercakap dengan beberapa kutu sampah dekat bangunan Centre Point Sabah ini.
Advertisement“Sebanyak 19 lagi memilih untuk berbuat demikian sebelum tempoh kompaun mereka tamat,” katanya. “Semua individu ini gagal melupuskan puntung rokok mereka dengan bertanggungjawab dan membuang sisa tersebut ke persekitaran mereka.”
Menurutnya, kompaun sehingga RM500 boleh dikenakan terhadap sesiapa yang melanggar Undang-Undang Kecil Anti Sampah DBKK 1984 (Pindaan 2005).
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Katanya, mereka yang berulang kali mengabaikan seruan agensi itu untuk tidak membuang sampah sembarangan di kawasan awam boleh dikenakan tindakan undang-undang.
“Mereka boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 sekiranya didapati bersalah di mahkamah,” katanya.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Jurucakap itu berkata, sepasukan pegawai JPSP berpakaian biasa menjalankan 34 pemeriksaan berasingan antara 1 hingga 31 Disember di Pusat Bandar, serta kawasan dari Telipok hingga Kepayan. INDIVIDU di Taman Awam Likas ini dikenakan tindakan kerana membuang puntung rokoknya (dibulatkan) di tempat awam.
Antara kawasan yang diperiksa di Kota Kinabalu termasuk deretan kedai di Kg Air, Sinsuran dan Segama, kompleks beli-belah Centre Point Sabah dan KK Plaza, Segama Waterfront, serta Api-Api Centre.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Jumlah pelaku kesalahan tertinggi ditangkap di sekitar Segama Waterfront (62), diikuti Sinsuran (40) dan Kg Air (35).”
Bagi kawasan pinggir bandar Kota Kinabalu, jurucakap itu berkata pasukan terbabit memeriksa kawasan seperti Telipok, Plaza Manggatal, Manggatal, Universiti Plaza, Alam Mesra, Mini Putrajaya, Kingfisher Plaza, Juta Plaza, Taman Awam Likas, Damai Plaza, Foh Sang, Lintas Plaza, Market Place 88, dan Sembulan.
“Kedua-dua Manggatal dan Damai Plaza mencatatkan jumlah pelaku tertinggi, dengan masing-masing 21 perokok ditangkap di kawasan berkenaan.
“Ini diikuti oleh Taman Awam Likas di mana 14 pelaku ditangkap dan pusat komersial Alam Mesra dengan 10 lagi dikenakan tindakan.”
Jurucakap itu berkata kompaun berjumlah RM1,640 dikutip pada November dan RM1,220 pada Oktober.
“Sebanyak 95 perokok ditangkap pada November dan 81 lagi pada Oktober,” katanya.
“Seramai 143 daripada mereka menyelesaikan kompaun di tempat kejadian, manakala 33 lagi memilih untuk berbuat demikian sepanjang tempoh yang diberikan.”
Katanya, RM1,000 dikutip pada September daripada 54 perokok yang membuang puntung rokok mereka secara sembarangan.
“Lagi 68 perokok tidak bertanggungjawab dikenakan tindakan pada Ogos,” katanya. Mereka secara kolektif membayar kompaun sebanyak RM1,220, menurutnya.
Selain perokok, katanya seorang kontraktor yang tidak bertimbang rasa turut dikenakan pada Ogos kerana membuang sisa binaan berhampiran rumah sampah di Taman Antarabangsa, Likas.
“Tidak seperti kebanyakan perokok, kontraktor tersebut tidak menyelesaikan kompaun di tempat kejadian. Dia memilih untuk berbuat demikian sebelum tempoh akhir tamat.” SEORANG pemandu di Manggatal menerima kompaun kerana mencampakkan puntung rokoknya dari tingkap kereta.
Jurucakap itu berkata kira-kira RM1,540 dalam bentuk kompaun dikutip daripada 87 perokok semasa pemeriksaan “Ops Bersih” pada Julai.
“Sebanyak 77 daripada mereka menyelesaikan kompaun di tempat kejadian, manakala 10 lagi memilih untuk berbuat demikian dalam tempoh yang diberikan.”
Jurucakap itu berkata RM580 dikutip oleh pemeriksa JPSP pada Jun, RM880 pada Mei, dan RM1,040 pada April.
“Sebanyak 28 perokok ditangkap pada Jun, 59 pada Mei, dan 66 pada April.”
Katanya, sebanyak RM720 lagi dikutip pada Mac dan RM2,300 pada Februari.
“Sejumlah 193 perokok ditangkap oleh pegawai kami antara Februari dan Mac,” katanya, dengan 54 pemeriksaan berasingan dilakukan dalam tempoh tersebut.
“Kira-kira 150 daripada mereka menyelesaikan kompaun di tempat kejadian, manakala 43 lagi memilih untuk berbuat demikian sebelum tempoh akhir tamat.”
Pada Januari, pasukan JPSP telah mengeluarkan kompaun kepada 403 kutu sampah yang mana DBKK mengutip RM6,480 daripada mereka, menurutnya.
Katanya, 399 daripada pelaku yang ditangkap pada bulan tersebut adalah perokok yang membuang puntung rokok mereka merata-rata bukannya menggunakan tong sampah.
“Empat pelaku dikenakan tindakan kerana membuang sampah mereka secara sembarangan di kawasan awam. Sebahagian daripada mereka adalah pengendali kedai yang menimbun barang tidak diingini di kaki lima di luar premis mereka.”
Katanya, 329 kutu sampah menyelesaikan kompaun di tempat kejadian, manakala 74 lagi diberi tempoh untuk berbuat demikian.


