DBKL Akan Batal Atau Gantung Lesen Peniaga Di Jalan Silang Jika Beri Sewa Kepada Warga Asing

22 Dec 2023 • 6:50 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Semalam (21 Disember), difahamkan seramai 500 warga asing telah ditahan di Jalan Silang, Kuala Lumpur selepas Pasukan Gerakan Am (PGA) membuat serbuan dengan mengepung kawasan tersebut.

Dalam serbuan yang dilakukan bermula jam 11 pagi semalam, turut kelihatan anggota dan pegawai terlibat menggunakan peralatan khas dan lengkap bersenjata.

Operasi yang dijalankan PGA bertujuan untuk mengatasi masalah lambakan warga asing di kawasan tersebut serta perniagaan dimiliki oleh mereka.

DBKL akan ambil tindakan batal atau gantung lesen sementara peniaga jika langgar peraturan perniagaan

Susulan daripada serbuan dan tangkapan yang dilakukan oleh PGA, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil tindakan seperti membatalkan atau menggantung sementara lesen peniaga di kawasan terbabit.

Tindakan itu dilakukan jika terdapat peniaga yang melanggar peraturan perniagaan seperti menyewakan premis kepada warga asing.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa memaklumkan peniaga atau pemilik seharusnya menggunakan lesen tersebut dengan baik dan tidak memberikannya kepada warga asing untuk kegunaan berniaga.

“Jadi saya sedang mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenainya.. ia juga adalah antara tumpuan utama DBKL dalam membanteras lambakan peniaga warga asing yang terus menguasai lokasi pernigaan utama di ibu kota,” jelasnya, dipetik Bernama.

Kata Dr Zaliha lagi, DBKL bagaimanapun sedang menanti info menyeluruh daripada pihak PGA Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjalankan serbuan tersebut.

Via: