DBKL batal sambutan Ambang Merdeka 2024

LocalPolitics
29 Aug 2024 • 8:55 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
DBKL membatalkan sambutan ambang merdeka bagi menghormati mangsa beberapa insiden yang berlaku di Kuala Lumpur kebelakangan ini.

KUALA LUMPUR - Sambutan Ambang Merdeka 2024 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Dataran Merdeka pada Jumaat ini dibatalkan.

DBKL memaklumkan, pembatalan itu dibuat bagi menghormati mangsa-mangsa terlibat beberapa insiden yang berlaku sekitar bandar raya Kuala Lumpur baru-baru ini.

"Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan penuh semangat patriotisme," katanya menerusi kenyataan.

Media sebelum ini melaporkan seramai 52 penduduk melibatkan 17 buah rumah teres di Taman Bunga Raya, Jalan Genting Klang berhampiran Kem Wardieburn diarahkan berpindah serta-merta susulan sebahagian dinding penahan tanah yang runtuh akibat hujan lebat dalam kejadian 22 Ogos lalu.

Sementara pada Jumaat lalu, berlaku insiden tanah jerlus di Jalan Masjid masjid India membabitkan seorang mangsa iaitu wanita warga India dilaporkan terjatuh di dalam lubang berkenaan yang sehingga kini operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa memasuki hari ketujuh.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved