DBKL batal sambutan ambang merdeka

LocalPolitics
30 Aug 2024 • 8:26 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan sambutan Ambang Merdeka 2024 yang bertempat di Dataran Merdeka pada 30 Ogos 2024 adalah dibatalkan.

Pembatalan itu ujarnya sebagai menghormati mangsa-mangsa yang terlibat dengan beberapa insiden yang berlaku di sekitar bandar raya Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Dimaklumkan bahawa Sambutan Ambang Merdeka 2024 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bertempat di Dataran Merdeka pada 30 Ogos 2024 adalah dibatalkan.

“Pembatalan ini adalah sebagai menghormati mangsa – mangsa beberapa insiden yang berlaku di sekitar bandar raya Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan penuh semangat patriotisme,” katanya.

Sehubungan dengan itu juga, orang ramai menyambut baik makluman berkenaan dan memuji tindakan pihak DBKL yang prihatin dengan nasib yang menimpa beberapa mangsa.

Terdahulu, berlaku kejadian membabitkan seorang wanita dari India yang terjatuh ke dalam lubang benam. Memasuki hari kelapan pencarian, mangsa belum ditemui.