DBKL ceriakan 500 keluarga sambut Tahun Baharu Cina

LocalPolitics
26 Jan 2025 • 11:57 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sumbangan disampaikan Prabakaran kepada penerima.

image is not available
Seramai 500 keluarga juga merupakan penerima data eKasih Jabatan Perdana Menteri menerima sumbangan wang tunai dan barangan.

KUALA LUMPUR - Menjelangnya sambutan Tahun Baharu Cina pada Rabu ini masyarakat Cina di ibu negara menerima sumbangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Seramai 500 keluarga juga merupakan penerima data eKasih Jabatan Perdana Menteri menerima sumbangan wang tunai dan barangan pada Majlis Penyampaian Sumbangan Tahun Baharu Cina di Pusat Komuniti Sentul Perdana.

Majlis disempurnakan Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL, Ismadi Sakirin manakala sumbangan disampaikan olehbAhli Parlimen Batu, P Prabakaran.

Menurut Ismadi, menjadi satu amalan sebagai Keluarga Malaysia untuk meraikan sambutan perayaan pelbagai kaum secara harmoni termasuk sambutan Tahun Baharu Cina.

Ujarnya, nilai keharmonian itulah yang menjadi asas kepada kesejahteraan dan kemakmuran negara.

**media[2983133]**

"Semoga usaha ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan serta menceriakan sambutan Tahun Baharu Cina," ujarnya pada majlis yang berlangsung di Pusat Komuniti Sentul Perdana di sini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar DBKL, Zulkifli Muhammad, Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur serta wakil Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

"Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua warga Kuala Lumpur. Gong Xi Fa Cai," tambahnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved