DBKL keluar lebih 1,500 notis kesalahan merokok

13 Mar 2023 • 5:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
DBKL mengeluarkan lebih 1,500 kompaun atas kesalahan merokok di tempat awam sekitar ibu negara hasil operasi bersepadu dengan Kementerian Kesihatan pada Januari dan Februari lepas. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan lebih 1,500 kompaun atas kesalahan merokok di tempat awam sekitar ibu negara hasil operasi bersepadu dengan Kementerian Kesihatan pada Januari dan Februari lepas.

Pengarah Eksekutif (Pengurusan) DBKL, Khairul Anuar Mhd Juri berkata, kesalahan di bawah Peraturan 11 (1), Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 itu melibatkan kawasan seperti taman awam, restoran, bangunan kerajaan dan laluan pejalan kaki berbumbung.

"Individu yang melakukan kesalahan ini akan dikompaun sebanyak RM250 serta-merta dan sekiranya tidak dibayar, mereka akan dikenakan tindakan susulan termasuk tindakan mahkamah," katanya kepada pemberita pada pelancaran Kempen Kuala Lumpur Bebas Asap Rokok (KLBAR) X MySchoolBus @Wilayah di sini, pada Isnin.

Khairul Anuar berkata, kempen tersebut bertujuan memperluas Kempen KLBAR yang akan memberi impak kepada 11,000 murid dari Perumahan Awam (PA), Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Swasta Kos Rendah DBKL.

Katanya program itu juga selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) bagi mempromosi gaya hidup sihat sekali gus mengurangkan risiko penyakit seperti kanser, masalah paru-paru dan pelbagai penyakit kronik lain. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved