DBKL laksana tiga penambahbaikan permudahkan urusan peniaga

LocalBusiness & Finance
11 Aug 2026 • 1:47 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: DBKL laksana tiga penambahbaikan permudahkan urusan peniaga

PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bakal melaksanakan tiga penambahbaikan bagi mempermudahkan urusan peniaga di sekitar ibu kota.

Penambahbaikan itu terpakai kepada semua peniaga yang memenuhi syarat ditetapkan tanpa mengira latar belakang atau premis.

“Ia meliputi permit meja dan kerusi di kaki lima iaitu bayaran permit akan ditetapkan pada kadar RM30 sebulan bagi setiap set meja dan kerusi.

“Bagi permit kerja kecil seperi pertukaran jubin atau siling yang tidak melibatkan perubahan kepada struktur bangunan, pemohon hanya perlu mengisi borang dan membuat pemakluman kepada DBKL,” katanya.

Tambahnya, bagi premis yang diarahkan tutup atas faktor kebersihan, kebenaran pembukaan semula premis seawal 24 jam boleh dipertimbangkan selepas tindakan kebersihan dilaksanakan.

“Bagaimanapun, pembukaan semula bukan secara automatik dan hanya dibenarkan selepas pemeriksaan serta pengesahan DBKL bahawa semua keperluan kebersihan dan keselamatan makanan telah dipenuhi,” katanya.

Menurutnya, semua penambahbaikan ini antara usaha berterusan DBKL dalam memperkemas penyampaian perkhidmatan, mengurangkan proses yang tidak perlu serta mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif.

“Proses yang jelas dan seragam bukan sahaja memberi kepastian kepada peniaga malah memudahkan pegawai menjalankan tugas serta mengurangkan ruang kepada perbezaan tafsiran dalam pelaksanaan,” katanya.-UTUSAN

The post DBKL laksana tiga penambahbaikan permudahkan urusan peniaga appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved