Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang merancang memperluas penggunaan kamera badan (body-worn camera, BWC) dalam kalangan anggota penguat kuasanya, susulan insiden kekecohan yang tular membabitkan peniaga tanpa lesen di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) baru-baru ini.
Menurut Ahli Lembaga Penasihat DBKL, Lai Chen Heng, penggunaan kamera badan sebenarnya telah pun dimulakan, namun ia ketika ini hanya digunakan dalam operasi berskala besar seperti penyitaan atau serbuan ke atas premis tidak berlesen.
“Cadangan untuk perluaskan penggunaan BWC ini akan dibawa dalam masa terdekat. Cuma, kita perlu teliti aspek kos dan sistem penyimpanan data kerana jumlah anggota penguat kuasa sangat ramai,” katanya memetik laporan Buletin TV3.
Beliau menjelaskan, selain harga kamera yang tinggi, DBKL juga perlu melabur untuk sistem simpanan data harian yang dikumpul melalui rakaman kamera tersebut.
- ‘Doakan saya dan Bella’ – Syed Saddiq mohon peminat doakan hubungan mereka
- Polis siasat dakwaan individu bermain mercun sebelum letupan paip gas di Putra Heights
- Pemuda UMNO tetap perjuang keadilan untuk abang belon walau ada lebih 100 rekod jenayah lampau
- ‘Kalau saya ada kes lampau, itu bukan lesen untuk sesiapa pukul saya’ – Abang belon tuntut keadilan
- Kakak kesal adiknya dikecam rakam budak hanyut, padahal dia tak pandai berenang
Kekecohan yang tular minggu lalu dipercayai berpunca daripada tindakan penguat kuasa terhadap individu yang menjalankan perniagaan tanpa lesen di kawasan Jalan TAR. Dalam rakaman video yang tersebar, berlaku pertikaman lidah dan kekasaran fizikal antara dua pihak terbabit.
“Sebenarnya, anggota penguat kuasa tak bertindak sembrono. Sebelum apa-apa tindakan, mereka akan keluarkan sekurang-kurangnya tiga notis terlebih dahulu kepada peniaga terbabit,” kata Chen Heng.
Namun beliau mengakui kekesalan atas kekasaran yang berlaku, dan memaklumkan tiga anggota terbabit telah direhatkan sebagai langkah kawalan kerosakan sementara siasatan dalaman dijalankan sekiranya ada laporan polis.
Dalam masa sama, DBKL kini giat menuju ke arah menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar pintar. Langkah itu termasuk pengemaskinian infrastruktur serta pengurangan aktiviti penjajaan tidak berlesen di kawasan tumpuan.
“DBKL akan bantu penjaja untuk mohon lesen secara terus, tanpa melalui persatuan,” tambahnya.
The post DBKL perluas penggunaan kamera badan, elak kekecohan ketika operasi appeared first on The Reporter.


