DBKL potong bekalan elektrik haram di Jalan TAR

29 Dec 2022 • 5:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sebanyak sembilan suis haram dicabut dan kerja-kerja pemotongan bekalan elektrik telah diambil dalam operasi Bersepadu Pedawaian Haram Elektrik di Jalan TAR.

image is not available
Turut terbabit dalam operasi ialah Jabatan Penguatkuasaan bersama TNB dan PDRM

KUALA LUMPUR - Sebanyak sembilan suis haram dicabut dan kerja-kerja pemotongan bekalan elektrik telah diambil dalam operasi Bersepadu Pedawaian Haram Elektrik di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini pada Khamis.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan, operasi berkenaan dilaksanakan melalui Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal.

Turut terbabit dalam operasi ialah Jabatan Penguatkuasaan bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan daripada mesyuarat diadakan pada 14 Disember lalu.

Menurut kenyataan, mesyuarat tersebut diadakan diantara DBKL,TNB dan Suruhanjaya Tenaga berkaitan Perundangan dan Pendawaian Elektrik Berbangunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

"Hasil daripada operasi tersebut sebanyak sembilan suis haram telah dicabut dan kerja-kerja pemotongan bekalan elektrik bagi suis-suis haram tersebut telah dijalankan oleh pihak TNB.

"Kesemua suis haram tersebut telah dihantar dan disimpan di Stor Sitaan, Jalan Lombong, Cheras," kata kenyataan pihak berkuasa tempatan itu dalam kenyataan di laman Facebooknya pada Khamis.