DBKL roboh pusat cuci kereta, gerai bina struktur tanpa kebenaran

LocalPolitics
11 Oct 2024 • 3:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Operasi perobohan oleh DBKL pada struktur pusat cuci kereta dan gerai haram kerana halangan di tempat awam.

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan meroboh empat struktur pusat cuci kereta dan gerai haram di Bukit Anggerik serta Taman Dahlia di sini kerana menimbulkan halangan di tempat awam.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, tindakan diambil di bawah Seksyen 46 Akta Jalan Parit Bangunan 1974.

Menurut kenyataan itu, pembinaan struktur tanpa kebenaran itu dikenal pasti sebagai punca gangguan lalu lintas.

"Aktiviti itu juga menyumbang kepada isu pencemaran dan masalah keselamatan.

"Tindakan ini selaras dengan komitmen DBKL dalam memastikan bandar Kuala Lumpur kekal teratur, selesa, dan selamat untuk semua," katanya menerusi perkongsian di Facebook pada Jumaat.

Katanya, penguatkuasaan itu dijalankan oleh Jabatan Penguatkuasaan, Pejabat Cawangan Bandar Tun Razak serta Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal.

Ujarnya, siasatan dan pemantauan berterusan akan dijalankan menerusi siri-siri tindakan khas di 11 parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

View Original Article